Saturday 6 January 2018

GURINDAM DAYANG ESAH TANDANG SARI - BAB 4

GURINDAM DAYANG ESAH TANDANG SARI
Nukilan Daud Ahmad

Bab 4

Di dalam Istana, Datuk Kadir bersama isterinya sedang bersemayam di atas singgahsana. Buatan dari kayu belian. Balairongseri penuh dengan kedatangan para jemputan dan pembesar negara. Masing-masing duduk di tempat aras pangkat tertentu, mengikut jawatan yang ada. Jamuan penuh setiap ruangan jemputan yang datang. Bangkitlah Datuk Kadir dari tempat duduknya, dengan wajah yang berseri-seri seraya bertitah.

"Aduhai rakyat Saribas sekelian" suara Datuk Kadir nyaring. Menyebabkan suasana yang riuh terus senyap, seolah -olah tiada penghuni. Semua terpaku, para dayang yang menghidangkan juadah jamuan turut terhenti berdiri senyap tanpa pergerakan yang kasar. Semua para pembesar dan jemputan terus terhenti dari makan dan minum.
Semuanya terdiam, ingin mendengar titah Datuk Kadir seterusnya,

"Aduhai rakyat Saribas kalian, adapun sahaya mengadakan majlis kedamaian adalah bersempenaan. Merasa gembira atas kemakmuran yang kita kecapi sekarang. Sahaya berasa bersyukur, dan sahaya mengucapkan ribuan terima kasih pada semuanya." Datuk Kadir dengan nyaring dan lantang bersuara,  semua terdiam bahkan perkarangan istana pun terdiam tak kala Datuk Kadir sedang bertitah.
"Aduhai rakyat Saribas kalian, atas limpahan nilmat ini, sahaya suami isteri Permaisuri Dayang Anum. Berkenan untuk berangkat melawat dalam negara.
Sahaya suami isteri akan mudik ke Hulu Saribas, ingin melihat keindahan negara Saribas ini, dengan mata kepala sahaya sendiri. Sahaya tidak mahu dikatakan, seorang pemerintah yang tidak tahu akan kesusahan rakyat. Oleh sebab itulah sahaya ingin tahu dan melihat sendiri akan kesusahan dan kesenangan rakyat di negara ini. Dengan ini saya perintahkan dari sekarang. Binalah sebuah bahtera sederhana besarnya, untuk sahaya gunakan dalam perlayaran nanti. Binalah bahtera itu secepat mungkin, kerana hati sahaya  suami isteri mungkin dapat bergembira bila sampai di Hulu Saribas nanti".

Cukup panjang titah Datuk Kadir,  semua titah sudah difahami oleh para pembesar dan rakyaty. Mereka memahami apa yang patut diuat, walaupun titah Datuk Kadir tidak menyebutnya. Mereka akan buat untuk memenuhi hasrat seorang raja yang mereka kasihi.
Datuk Kadir sengaja tidak memberitahu rahsia mimpinya. Hanya isterinya sahaja yang tau akan hal itu. Beliau takut ,akan timbul buruk sangka di kalangan rakyat bila rahsia itu diketahi. Bersambunglah pesta yang meriah itu setelah Datuk Kadir berucap.

Keesokan hari nya,  meriah pelabuhan Sri Kadap, tukang- tukang yang mahir telah bersedia dengan peralatan masing-masing, kayu telah tersedia sejak pagi, bahkan sebelum subuh lagi ada yang sudah memulakan kerja.

  Tukang kayu dengan kayunya
  Tukang layar dengan layarnya
  Tukang masak dengan masakannya
  Tukang sampuk dengan karenahnya..

Pendak kata , semasa pembinaa bahtera itu, semua rakyat Saribas terbabit, mereka mahu berbakti pada raja mereka.
Datuk Kadir sering turun ke pelabuhan Sri Kadap, untuk memastikan pembinaan bahtera tersebut. Bekerjalah semuanya, siang dan malam kerana Datuk Kadir ingin menggunakan bahtera tersebut secepat mungkin.
 

  Tujuhlah hari tujuhlah malam
   Tujuhlah tingkat tujuhlah tiang
  Tujuhlah bilik tujuhlah tingkap
   Tujuh hitungan baik mendatang

Maka siap, bahtera yang diinginkan Datuk Kadir, penuh dengan kelengkapan telah diisi, bahkan berjenis-jenis bahan bekalanpun sudah tersedia. Datang Sekonyer Amanda ketua tukang kepada Datuk Kadir, mengkhabarkan bahtera tersebut telah siap. Semuanya berkenan di hati. Sempena nama ketua tukang itu Sekonyer Amanda maka bergelarlah bahtera tersebut dengan nama Sekonyer. Hanya menunggu masa dan ketika yang sesuai untuk Datuk Kadir dan suami isteri berangkat untuk belayar ke Hulu Saribas. Sementara menunggu waktu berehatlah Datuk Kadir di Istana Tandang Sari.

   Menunggu masa ibarat emas
  Tenung menenung setiap kali
   Jangan menggalah pada yang lepas
  Mengharap tuah akan menjadi

   Sekonyer nampak indah dan gagah
   Sedia diangakat tali tambahan
   Kini merasa cukup bertuah
   Merasa tenang anugerah tuhan...

Tibalah waktu yang ditunggu itu. Untuk membuat pelayaran.

Nukilan Daud Ahmad

No comments: