Saturday 6 January 2018

GURINDAM DAYANG ESAH TANDANG SARI - BAB 13

GURINDAM DAYANG ESAH TANDANG SARI
Nukilan Daud Ahmad

Bab 13

Pagi yang cerah itu, membolehkan Datuk Kadir dan pembesar Negara berjalan menggelilingi Kota Sri Kadap.
Datuk Kadir berpuas hati dengan keadaan Kota Sri Kadap dikunjungi pedagang dari seluruh nusantara. Bahkan ada pedagang yang datang dari Negara Cina India dan pedagang dari negeri Arab. Semenjak kelahiran Dayang Isah Negara Saribas begitu gah namanya. Seringkali Raja Berunai datang boleh katakan setiap tahun tak kala musim belayar yang sesuai ada utusan dari Raja Berunai. Hubungan Negara Saribas dan Negara Berunai bekitu akrab. Bahkan sering bertukar hadiah bila utusan datang. Datuk Kadir rasa sangat gembira negara Saribas maju dalam zamannya.. Pelabuhan kedua telah dibina. Pelabuhan kedua itu pelabuhan nenunggu giliran, ini kerana pelabuhan Sri Kadap sentiasa penuh oleh kapal-kapal asing yang datang berniaga. Pelabuhan kedua itu terletak di hiliran sedikit berhampiran laut.  Pelabuhan tersebut diberi gelaran Kota Sri Sepinang dan juga bergelar Kota Bunian. Datuk Petinggi Ali dilantik menjaga akan baik buruknya Kota Bunian yang terletak pada selekoh lubok yang dalam. Dalam satu -satu masa hingga dua puluh buah kapal berlabuh nenunggu giliran masuk ke Kota Sri Kadap.

Di Istana Tandang Sari, Dayang Anum dan Dayang Upih sedang berbual mesra. Para dayang melayan kerenah mereka berdua berhari - hari. Bersama mereka kelihatan Dayang Isah dan Abang Bunut turut sama bermain. Kini umur Dayang Isah genap dua belas tahun. Kecantikan Dayang Isah begitu terserlah kerana kulitnya yang putih, lebih putih dari kulit kebanyakan orang. Putihnya ibarat kapas dan awan. Wajahnya yang agak bujur sireh. Rambut Dayang Isah dibiarkan panjang dan lurus, hampir mencecah pinggang. Dayang Isah dan Abang Bunut sering bersama dari kecil hingga umur Dayang Isah dua belas tahun, Abang Bunut tua sedikit umurnya dari Dayang Isah. Kira-kira enam bulan sahaja. Pendek kata kedua-duanya ibarat isi dan kuku tak dapat dipisahkan. Di situ ada Dayang Isah, di situlah ada Abang Bunut. Hubungan yang cukup akrab.

"Wahai Dayang Upih, sahaya merasa bahagia melihat Dayang Isah dan Abang Bunut begitu rapat, cuma tempat tidur dan bersiram sahaja dapat memisahkan mereka" Dayang Anum berkata pada Dayang Upih.

"Sahaya pun turut gembira , mereka seolah-olah tak dapat dipisahkan" sahut Dayang Upih.

"Bukankah elok kalau kita jodohkan mereka, " Dayang Anum berkata lembut.

" Kita perempuan , tak boleh nak berkata-kata dalam hal ini, biarlah Datuk Kadir dan Datuk Tahih yang buat keputusan, tambahan pula umur mereka masih muda lagi " Dayang Upih menyahut kata-kata yang diucapkan Dayang Anum.

Dalam hati Dayang Upih ingin juga dia melihat Dayang Isah dan Abang Bunut dijodohkan. Namun bila terkenangkan budi Datuk Kadir dia takut menyatakan hasratnya. Seharianlah Dayang Isah dan Abang Bunut bermain bersama dengan ditemani Dayang Anum dan Dayang Upih ibu mereka berdua.

Keanggunan Dayang Isah bertambah seri tak kala berumur lima belas tahun.

  Cantik sungguh puterinya Saribas
  Dayang Isah Tandang Sari dikenali
  Senyum diberi senyum dibalas
  Kekasih terpendam dalam hati

  Anggun diketahui seluruh nusantara
Yang datang berkunjung pasti terpikat
Namun beliau keturunan Diraja
  Mesti sopan dengan adat

Kulit putih awan dan kapas
Rambut panjang mencecah pinggang
Kalau dipandang tak ingin lepas
Bila hilang rindupun datang

Sireh pinang adat dihidang
Buat sapaan permulaan adat
Merah mengalir di leher jinjang
Bila si isah makan beradat

Kalau ada sebatang buluh
Inggin ku buat seruling nyaring
Kalau dapat kita berjodoh
Ingin ku hilang hati running.

Begitulah gurindam Abang Bunut pada si isah

Nukilan daud Ahmad

No comments: