Saturday 6 January 2018

GURINDAM DAYANG ESAH TANDANG SARI - 16

GURINDAM DAYANG ESAH TANDANG SARI
Nukilan Daud Ahmad

Bab 16

Maka tibalah saat dan waktu yang sesuai. Abang Bunut bersedia untuk berlayar mencari pengalaman. Berbondong-bondong penduduk Kota Sri Kadap. Penuh di pelabuhan. Abang Bunut dengan segala kelengkapan sudah bersedia. Cuma nenunggu saat untuk melepaskan tali tambatan sahaja.

Dayang Isah dengan muka sedih menandakan kepala di bahu ibunya. Hati dan perasaannya hanya dia dan Abang Bunut sahaja tau.
Abang Bunut bersalaman dengan semua orang yang berkumpul di pelabuhan Sri Kadap. Dan yang terakhir sekali Dayang Isah, beliau cuba menyembunyikan perasaan sedih dengan tersenyum.

"Aduhai adindaku Isah, kanda pergi bukan lama, paling lamapun enam purnama sahaja. Jika ilmu kanda bertambah maka senanglah nanti kanda menolong ayahanda Datuk Kadir mebtadbir Saribas ini. Menjadi kesudahan untuk kita semua." Abang Bunut bertutur pada Dayang Isah.

"Betul tu Isah. Pengembaraan Abang Bunut ada tujuan, bukan berlayar untuk suka-suka" Datuk Tahih menyokong Abang Bunut.

Dayang Isah hanya mampu menggangguk kepala dan terus memeluk Dayang Anum ibunya. Dayang Anum menepuk-nepuk belakang anak kesayangannya itu.
Abang Bunut terus bersalam dan memeluk ayahnya Datuk Tahih dan ibunya Dayang Upih, kemudian Datuk Kadir.

Setelah itu, Abang Bunut terus naik keatas bahtera yang serba lengkap dengan peralatan dan bahan dagangan. Bila sudah bersedia maka berteriaklah pembantu nakhoda.

"Buka tali tambatan...!!!"

Terlucut sahaja tali tambatan, bergeraklah bahtera tersebut, dengan perlahan meninggalkan pelabuhan Sri Kadap.

Dayang Isah masih di pelabuhan dengan ditemani para dayang. Hatinya mengharap agar Abang Bunut beroleh cita-citanya. Dia berdoa agar Abang Bunut selamat kembali kesisinya.

Hendak terbang, terbanglah helang
Janganlah melayang ketengah kampung
Tidak sayang terasa sayang
Sayang dirasa diri diuntung

Betapa pahit rasa peria
Bila dimasak dimakan jua
Terasa perit dikandung jiwa
Bila diluah rasa bahgia

Kalau menuai padi seberang
Kuala kecil berkolek seorang
Dalam mengharap kasih orang
Hati berharap kasih yang datang.

Demikianlah seloka Dayang Isah semasa melihat bahtera Abang Bunut dari jauh. Sehinggalah tiada kelihatan lagi terlindung di balik tanjung. Dayang Isah mengajak para dayang pulang ke Istana Tandang Sari.

Nukilan Daud Ahmad

No comments: