Monday 10 December 2018

KEJADIAN KEBAKARAN RUMAH KEDIAMAN DI KAMPUNG HILIR PUSA


KEJADIAN KEBAKARAN RUMAH KEDIAMAN DI KAMPUNG HILIR PUSA

Awal pagi semalam telah berlaku satu kebakaran yang melibatkan sebuah rumah kediaman di Kampung Hilir Pusa.Kebakaran yang berlaku pada awal pagi ketika penduduk kampung sedang tidur mulanya tidak disedari sehinggalah salah seorang penghuni rumah menyedari api yang makin marak dan seterusnya meminta pertolongan orang ramai.

Salah seorang penduduk bertindak membunyikan beduk untuk membangunkan penduduk kampung serta untuk membantu bertindak mengawal api kebakaran bagi mengelakkan api kebakaran merebak ke kawasan lain sementara pihak bomba sampai di tempat kejadian untuk menjalankan kerja mengawal dan memadam api kebakaran.

Setakat pagi tadi tidak kemalangan jiwa yang dilaporkan dalam kejadian kebakaran tersebut. Namun masih menunggu laporan penuh atau rasmi dari hasil siasatan pihak yang bertindak termasuk Pihak dari Jabatan Bomba dan pihak Polis.

Kita sama- sama doakan semoga keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran rumah kediaman ini tabah dan dipermudahkan urusan.

 







I LOVE PUSA
www.ilovepusa.blogspot.my

Monday 5 November 2018

SYABAS BUAT TEAM SINARAN BARRACUDA DI ARENA REGATTA SARAWAK 2018



SYABAS BUAT TEAM SINARAN BARRACUDA DI ARENA REGATTA SARAWAK 2018

Regatta Sarawak telah menutup tirai perlumbaannya pada petang kelmarin di mana Raja Sungai Regatta Sarawak 2018 dimenangi oleh pasukan Yayasan Sarawak Puteri Dang Balai. Namun Begitu penglibatan wakil tunggal pasukan dari Kampung Pusa tidak kurang hebatnya pada kemuculan sulung Pasukan Barracuda yang berkerja sama dengan pasukan Sinaran dari Kampung Sejijak haruslah mendapat pujian atas semangat kesukanan dan kesungguhan yang di pamerkan sepanjang perlumbaan.

Tidak dinafikan perlumbaan di arena Regatta Sarawak yang menghimpunkan pasukan pasukan yang berpengalaman memberikan ianya satu pengalaman yang sangat bermakna untuk menyemak kembali prestasi untuk diperbaiki pada masa hadapan.

Sungguhpun begitu Pasukan Sinaran Barracuda mampu meraih beberapa piala diperingkat saringan dan ini menunjukkan satu pencapaian yang harus dibanggakan selaku muka baru yang mencoba keupayaan diperingkat Regatta Sarawak.

Kita tetap berpuas hati pulang dengan semangat yang tinggi. Walaubagaimanapun bagi yang menonton perlumbaan akhir Bidar 30 Pekayuh Akhir sebahagian dari pekayuh pasukan kita nampaknya bekerjasama dengan Pasukan Yayasan Sarawak Puteri Dang Balai untuk sama sama merentap dan bersaing di pentas akhir memerah keupayaan bersama barisan pasukan lain yang bersama - sama menguatkan pasukan yang bertanding.

5 Buah Bidar Yayasan Sarawak yang berentap di Perlumbaan Akhir Pekayoh 30 lelaki membariskan pekayoh dari Puteri Dang Balai, Cahaya Putri Ruai dari Sebuyau, Barracuda dari Kampung Kalok Pusa, Darahmuda Dari kampung Hulu Pusa dan beberapa Pekayoh dari Pasukan yang lain dan akhirnya memberikan kemenangan kepada Puteri Dang Balai yang menjulang Piala Kejuaraan Piala TYT Negeri Sarawak yang sekali gus memberikan gelaran Raja Sungai Regatta Sarawak 2018 pada tahun ini.

Kalah menang memang adat perlumbaan namun apa yang penting adalah pengalaman  yang dibawa pulang untuk menyusun kembali persiapan untuk menghadapi perlumbaan yang seterusnya. Memang diakui bukanlah mudah untuk menempatkan diri di peringkat ini namun pencapaian yang ditunjukkan oleh pasukan Sinaran Barracuda dan Pekayoh - pekayoh dari Pusa pada kali ini wajar di puji dan dihargai kerana telah berjaya membawa dan menaikkan nama Daerah Pusa di persada arena Regatta Sarawak.

Syabas dan tahniah kepada semua.Sampai jumpa lagi di perlumbaan yang akan datang.

#KeboSampeyMpusak.















Monday 3 September 2018

AL-FATIHAH : ALLAHYARHAMAH MUTIARA @ TARA BIN HAJI GAY DARI KAMPUNG TENGAH PUSA


AL-FATIHAH : ALLAHYARHAMAH MUTIARA @ TARA BIN HAJI GAY DARI KAMPUNG TENGAH PUSA

Assalamualaikum wbt.

Innalillahiwainna lillah hirojiun.

Al Fatihah.Telah kembali ke rahmatullah Mutiara Bin Haji Gay atau lebih dikenali sebagai Tara dari Kampung Hulu Pusa pada 2 September 2018 Bersamaan 21 Zulhijjah 1439H.

Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir pada kira kira jam 5.00 petang di Hospital Sibu,Sarawak

Jenazah Allahyarhamah akan dibawa pulang pada petang kelmarin dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pusa pada esok hari ini 3 September 2018

Semoga Allah menempatkan roh Allahyarhamah bersama roh para Syuhada,orang yang beriman dan menang di sisiNya.

Takziah kepada ahli-ahli keluarga Allahyarhamah. Semoga tabah menghadapi segalanya.

Allahuma firlahum wa 'afini wa' fu 'an hum.

Kita sama sama doakan buat Roh Allahyarhamah. 

.Alfatihah.

Saturday 9 June 2018

AL-FATIHAH : ALLAHYARHAM RA'ET BIN NAWAS @ NGAH IMBON DARI KAMPUNG HULU PUSA


AL-FATIHAH : ALLAHYARHAM RA'ET BIN NAWAS @ NGAH IMBON DARI KAMPUNG HULU PUSA 

Assalamualaikum wbt.

Innalillahiwainna lillah hirojiun.

Al Fatihah.Telah kembali ke rahmatullah Ra'et Bin Nawas atau lebih dikenali sebagai Ngah Imbon dari Kampung Hulu Pusa pada 9 Jun 2018 Bersamaan 24 Ramadhan 1439H.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada kira kira jam 1.30 petang di Hospital Umum Sarawak. 

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang pada petang ini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pusa pada esok hari 10 Jun 2018.

Semoga Allah menempatkan roh Allahyarham bersama roh para Syuhada,orang yang beriman dan menang di sisiNya.

Takziah kepada ahli-ahli keluarga Allahyarham.Semoga tabah menghadapi segalanya.

Allahuma firlahum wa 'afini wa' fu 'an hum.

Kita sama sama doakan buat Roh Allahyarham. 

.Alfatihah.

Wednesday 9 May 2018

AL-FATIHAH : ALLAHYARHAM ABADULLAH BIN HAJI JAM @ YEK DARI KAMPUNG HILIR PUSA

AL-FATIHAH : ALLAHYARHAM ABADULLAH BIN HAJI JAM @ YEK DARI KAMPUNG HILIR PUSA.

Assalamualaikum wbt.

Innalillahiwainna lillah hirojiun.

Al Fatihah.Telah kembali ke Rahmatullah Abadullah Bin Haji Jam atau lebih dikenali sebagai Yek dari Kampung Hilir Pusa Pusa pada 9 Mei 2018 Bersamaan 23 Syaaban 1439H.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada kira kira jam 1.30 pagi di Hospital Jantung Sarawak,Kota Samarahan.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke Kampung halaman dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pusa pada hari ini juga.

Semoga Allah menempatkan roh Allahyarham bersama roh para Syuhada,orang yang beriman dan menang di sisiNya.

Takziah kepada ahli-ahli keluarga Allahyarham.Semoga tabah menghadapi segalanya.

Allahuma firlahum wa 'afini wa' fu 'an hum.

Kita sama sama doakan buat Roh Allahyarham. 

.Alfatihah.

Friday 27 April 2018

AL-FATIHAH : ALLAHYARHAM MOHD FAIZUL BIN RAMLEE DARI KAMPUNG HULU TAMBAK.


AL-FATIHAH : ALLAHYARHAM MOHD FAIZUL BIN RAMLEE DARI KAMPUNG HULU TAMBAK.


Assalamualaikum wbt.

Innalillahiwainna lillah hirojiun.

Al Fatihah.Telah kembali ke Rahmatullah Mohd Faizul Bin Ramlee dari Kampung Hulu Tambak pada 26 April 2018 Bersamaan 10 Syaaban 1439H.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada kira kira jam 11 Malam pagi di rumah kediaman Allahyarham di Bintulu.

Jenazah Allahyarham telah selamat di bawa pulang ke Kampung Tambak dan dikebumikan di Tanah Perkuburanb Islam Kampung Tambak pada hari ini, 27 April 2018. 

Semoga Allah menempatkan roh Allahyarham bersama roh para Syuhada,orang yang beriman dan menang di sisiNya.

Takziah kepada ahli-ahli keluarga Allahyarham.Semoga tabah menghadapi segalanya.

Allahuma firlahum wa 'afini wa' fu 'an hum.

Kita sama sama doakan buat Roh Allahyarham. 

.Alfatihah.

Friday 20 April 2018

LAGU SEKOLAH KEBANGSAAN PUSA ( SK PUSA ) DAN LIRIKNYA - VERSI BARU


LAGU SEKOLAH KEBANGSAAN PUSA ( SK PUSA ) DAN LIRIKNYA - VERSI BARU

LIRIK LAGU SK PUSA

SK Pusa Berjasa
Mendidik Kami Semua
Dengan Ilmu dan Tauladan
Dari Guru Semua

Pendidikan Cahaya Kehidupan
Itulah Cogan Sekolah
Menjadi Asas Pendidikan
Kepada Kami semua...

SK Pusa Berjasa
Mendidik Kami Semua
Dengan Ilmu dan Tauladan
Dari Guru Semua

Pendidikan Cahaya Kehidupan
Itulah Cogan Sekolah
Menjadi Asas Pendidikan
Kepada Kami semua...

LIRIK LAGU SK PUSA



I LOVE PUSA
www.ilovepusa.blogspot.my

AL-FATIHAH : ALLAHYARHAM NOH BIN AHED DARI KAMPUNG TENGAH PUSA


AL-FATIHAH : ALLAHYARHAM NOH BIN AHED

Assalamualaikum wbt.

Innalillahiwainna lillah hirojiun.

Al Fatihah.Telah kembali ke Rahmatullah Noh Bin Ahed atau lebih dikenali sebagai Ngah Buntai dari Kampung Tengah Pusa pada 20 April 2018 Bersamaan 4 Syaaban 1439H.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada kira kira jam 3.00 pagi di rumah kediaman Allahyarham di Kampung Tengah Pusa.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pusa pada hari ini juga

Semoga Allah menempatkan roh Allahyarham bersama roh para Syuhada,orang yang beriman dan menang di sisiNya.

Takziah kepada ahli-ahli keluarga Allahyarham.Semoga tabah menghadapi segalanya.

Allahuma firlahum wa 'afini wa' fu 'an hum.

Kita sama sama doakan buat Roh Allahyarham. 

.Alfatihah.

Sunday 15 April 2018

AL-FATIHAH : ALLAHYARHAM SPUDI BIN SEMAN @ IMAM SABANG DARI KAMPUNG HILIR PUSA


AL-FATIHAH : ALLAHYARHAM SPUDI BIN SEMAN @ IMAM SABANG DARI KAMPUNG HILIR PUSA

Assalamualaikum wbt.

Innalillahiwainna lillah hirojiun.
Al Fatihah.Telah kembali ke Rahmatullah Spudi Bin Seman atau lebih dikenali sebagai Imam Sabang dari Kampung Hilir Pusa pada 15 April 2018 Bersamaan 29 Rejab 1439H.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada kira kira jam 1.00 pagi di rumah kediaman Allahyarham di Kampung Hilir Pusa.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pusa pada hari ini juga

Semoga Allah menempatkan roh Allahyarham bersama roh para Syuhada,orang yang beriman dan menang di sisiNya.

Takziah kepada ahli-ahli keluarga Allahyarham.Semoga tabah menghadapi segalanya.
Allahuma firlahum wa 'afini wa' fu 'an hum.

Kita sama sama doakan buat Roh Allahyarham. 

.Alfatihah.

Friday 13 April 2018

AL-FATIHAH : ALLAHYARHAM BAHRIN BIN YAHYA DARI KAMPUNG HILIR BELADIN.

AL-FATIHAH : ALLAHYARHAM BAHRIN BIN YAHYA DARI KAMPUNG HILIR BELADIN.

Assalamualaikum wbt.

Innalillahiwainna lillah hirojiun.

Al Fatihah.Telah kembali ke Rahmatullah Bahrin Bin Yahya dari Kampung Hilir Beladin pada 13 April 2018 Bersamaan 27 Rejab 1439H.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sarikei pada kira kira jam 1.40 pagi tadi.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke Kampung Beladin dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Beladin pada hari ini juga

Semoga Allah menempatkan roh Allahyarham dikalangan orang yang beriman dan menang di sisiNya.

Takziah kepada ahli keluarga Allahyarham.Semoga tabah menghadapi segalanya.

Allahuma firlahum wa 'afini wa' fu 'an hum.

Kita sama sama doakan buat Roh Allahyarham. 

.Alfatihah.

Monday 2 April 2018

DARI JASAD TANAH

DARI JASAD TANAH
Daud Ahmad

Minha halakna kum
Wafi haa yuhyi kum
Waminnha nuiedukum
Tharatan ukhra...

Ingatlah wahai anak adam
Jasadmu tanah jua
Airmu sujud jua
Anginmu condong jua
Nur tetap berdiri dengan sendiri
Nur tetap sa tanpa lain

Dalam mengharap keampunan ...
Jiwa kosong
Tiada kepada ada...

Nokhtah di alam rahim
Alinsan di alam fana
Kamilkanlah kami
Agar noktah kembali ke noktah
Namun noktah terakhir
Kami menjadi wali....

02042018

Nukilan Daud Ahmad.

KENANGAN KEJO KAYU BALAK ATAU KEJO BLOK ( KEJO KAYU )


KENANGAN KEJO KAYU BALAK ATAU KEJO BLOK ( KEJO KAYU )

Kejo kayu balak atau kejo block atau kejo kayu dalam sebutan dikalangan urang kampung merupakan kejo yang sangat lumayan dan popular suatu maso dolok.Sik dinafikan rami urang dari ranto atau meno kito pernah merasa jadi kepalak kejo kayu.

Rami keluargo dan balo kito nge ranto Saribas dibesarkan dengan kejo kayu.Maok dari Kepalak, kerani, pekerjo dan tukang asi semo pernah diraso.Sik eran mun rami yang pernah kejo kayu dolok masih meneruskan kejo macam tok dengan pergi belah kayu pakey nyaro keluargo walaupun rami yang dah beralih ke kejo moden seperti kejo kontrak dan sebagainya.

Kejo tuk banyak juak pengorbanannya,Anak bini dan keluargo di tinggai berbulan bulan bekerjo dalam hutan dengan nyamuk ngan rengit.Sekali sekala berkirim duit mun ado kesempatan.

Kejo tuk banyak cabarannya.Sampey ado yang ngembak nyawo kenak timpak kayu.Bukan senang dan bukan senang maok senang dan sik susah maok susah.Urang tuo selalu mesan ngan urang mudak.

"Jang,kitak mudak mudak belajar bena bena.Nyaman idup kitak anak megang pen.Sak kelak sik susah merinsak macam kamek tuo tuk yang kapak ngan chainsaw jadi pen kamek.Mun sik maok idup merinsak,belajar bena bena."

Sidak yang pernah merasa zaman kejo kayu kejo block semesti ea masih segar diingatan kenangan  nya.Zaman pergi kejo kayu dari makey moto kayu sampey make express atau bas.Bilo stok nambah bekalan pakey mbak ke hutan seperti di Peradom Sibu.

Sidak yang mudak dan sik pernah melalui zaman tok malah sik tauk apo yang dinamo kejo kayu? bukan senang nak beroleh idup yang nyaman dan selesa mun sik do pengorbanan urang tuo kito dolok.Jadi,hargailah urang tuo yang pernah merinsak membesar kito bekerjo seperti yang dikongsikan tuk.

Selalu bersyukur dengan kesenangan hari tuk setelah kesusahan yang pernah dijalani.

Ikan terubok banyak tulang
Urang kejo block banyak utang.







 


I LOVE PUSA
www.ilovepusa.blogspot.my

AL-FATIHAH : ALLAHYARHAM HAJI GOLONG BIN SAILI DARI KAMPUNG HULU PUSA



AL-FATIHAH : ALLAHYARHAM HAJI GOLONG BIN SAILI DARI KAMPUNG HULU PUSA

Assalamualaikum wbt.

Innalillahiwainna lillah hirojiun.

Al Fatihah.Telah kembali ke Rahmatullah Haji Golong Bin Saili dari Kampung Hulu Pusa pada 2 April 2018 Bersamaan 16 Rejab 1439H.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sarikei pada kira kira jam 7.00 pagi tadi.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke Kampung Pusa dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pusa pada hari ini juga

Semoga Allah menempatkan roh Allahyarham dikalangan orang yang beriman dan menang di sisiNya.
Takziah kepada ahli keluarga Allahyarham.Semoga tabah menghadapi segalanya.

Allahuma firlahum wa 'afini wa' fu 'an hum.

Kita sama sama doakan buat Roh Allahyarham. 

.Alfatihah.


Tuesday 27 March 2018

SENJA PULANG

SENJA PULANG
Namoku Payjai

Kami singgah di sini
Di tepi pantai ini
Berteman deruan ombak
Berteman desiran angin laut

Aku...kaku berdiri
Menikmati pemandangan indah ciptaan Ilahi
Kilauan pasir  diterpa mentari senja
Nyiur pun  melambai diterpa angin
Keajaiban ciptaan Tuhan

Mentari mulai menyembunyi diri
Di sebalik garisan laut yang cukup setia
Menunggu malam ke siang hari
Cinta alam yg teragung
Sungguh merasuk jiwa

Lukisan indah potret pantai temasya
Beriadah manusia berteman siapa
Tanpa tahu asal usul dan budaya
Bersama merasa ketenangan jiwa

Pantai Tanjung Batu
Namoku Payjai
GAPESA

Monday 26 March 2018

BILA MALAM MENJEMPUT SEPI

BILA MALAM MENJEMPUT SEPI
Daud Ahmad

Malam...
Dalam gerimis
Sepi memaksa aku rindu
Masa nan lalu
Indah dalam pesona jiwa kita

Kasih....
Yang kusayang
Kasih kita noktahnya pilu
Kita terpaksa jua
Meleraikan cinta kita yang rapuh

Selagi malam
Masih menjemput sepi
Rindu maaih kutanggung
Entah bila masanya
Bencana di jiwa kecewa
Akan berakhir

Selagi malam
Masih menjemput sepi
Aku masih mengharapkan
Dalam doa keseorangan
Bahgia tetap bersamamu
Aku rasa bahgia..

Rindu.....
Pada kasih tiada
Doa tetap ku lafazkan
Dalam detik nafas
Agar ku temui
Bahgia...

25032018

Nukilan Daud Ahmad

Friday 23 March 2018

AL-FATIHAH : ALLAHYARHAMAH YOT BINTI NAWAS DARI KAMPUNG HULU PUSA

Assalamualaikum wbt.

Innalillahiwainna lillah hirojiun.

Al Fatihah.Telah kembali ke Rahmatullah Yot Binti Nawas dari Kampung Hulu Pusa pada 23 Mac 2018 Bersamaan 6 Rejab 1439H.

Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir Pada kira kira pukul 5.44 pagi tadi di Hospital Betong.

Jenazah Allahyarhamah telah dibawa pulang ke Kampung Pusa dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kampung pada hari ini juga.

Semoga Allah menempatkan roh Allahyarhamah dikalangan orang yang beriman dan menang di sisiNya.

Takziah kepada ahli keluarga Allahyarhamah.Semoga tabah menghadapi segalanya.

Allahuma firlahum wa 'afini wa' fu 'an hum.

Kita sama sama doakan buat Roh Allahyarhamah

.Alfatihah.

Thursday 22 March 2018

AL-FATIHAH : ALLAHYARHAMAH SABA'AH BINTI HAJI APONG DARI KAMPUNG HULU PUSA

Assalamualaikum wbt.

Innalillahiwainna lillah hirojiun.

Al Fatihah.Telah kembali ke Rahmatullah Saba'ah Binti Haji Apong dari Kampung Hulu Pusa pada 22 Mac 2018 Bersamaan 5 Rejab 1439H.

Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir di Kediamannya pada kira kira jam 4.07 pagi tadi.

Jenazah Allahyarhamah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pusa pada hari ini

Semoga Allah menempatkan roh Allahyarhamah dikalangan orang yang beriman dan menang di sisiNya.

Takziah kepada ahli keluarga Allahyarhamah.Semoga tabah menghadapi segalanya.

Allahuma firlahum wa 'afini wa' fu 'an hum.

Kita sama sama doakan buat Roh Allahyarhamah

.Alfatihah.

Sunday 18 March 2018

AL-FATIHAH DAN TAKZIAH ATAS PEMERGIAN ALLAHYARHAM JONI BIN DAY DI KAMPUNG PUSA,BETONG SARAWAK.


AL-FATIHAH DAN TAKZIAH ATAS PEMERGIAN ALLAHYARHAM JONI BIN DAY DI KAMPUNG PUSA,BETONG SARAWAK.

Dua hari lepas, Kampung Pusa digemparkan dengan kehilangan seorang individu bernama Joni Bin Day berusia 42 tahun berasal dari Kampung Hulu Pusa.

Kehilangannya disedari oleh isterinya apabila mendapati dia tidak pulang ke rumah sehari semalam.Seterusnya satu laporan polis telah dibuat.

Siasatan awal pihak polis menemui motosikalnya dibawah Jambatan Tandang Sari namun orangnya tidak ditemui.

Pada hari kelmarin,satu operasi mencari dan menyelamat telah dijalankan oleh Jabatan Bomba,JPAM dan PDRM serta sukarelawan yang terdiri dari orang kampung untuk mencari saudara Joni.

Operasi pada kira kira Jam 3.30 petang telah menemui mayat beliau tidak berapa jauh dari kawasan pengkalan feri Batang Saribas.

Suasana pilu dan sebak mengiringi penemuan mayat dan ini mengejutkan ramai pihak.Mayat yang dijumpai seterusnya dinaikkan ke darat dan diserahkan kepada PDRM untuk siasatan lanjut.Mayat dibawa ke Hospital Betong untuk Bedah siasat.

Al Fatihah.

Alhamdulillah.Jenazah Allahyarham Joni Bin Day telah dibawa pulang ke Kampung Pusa untuk pengebumian di Tapak Perkuburan Islam Daerah Pusa pada malam semalam.

Semoga Roh Allahyarham ditempatkan bersama golongan orang orang yang beriman dan diampuni.Semoga dicucuri rahmat dan berkat di sisi Allah.

Takziah juga buat keluarga Allahyarham.Semoga cekal dan tabah menghadapi dugaan ini.


I LOVE PUSA 
www.ilovepusa.blogspot.my