Thursday 27 April 2017

PESTA PUSA 2017 BERLANGSUNG MERIAH DAN REGATTA PUSA 2017 MENCATAT SEJARAH DAN REKOD PENYERTAAN PALING RAMAI REGATTA DI SARAWAK


 PESTA PUSA 2017 BERLANGSUNG MERIAH DAN REGATTA PUSA 2017 MENCATAT SEJARAH DAN REKOD PENYERTAAN PALING RAMAI REGATTA DI SARAWAK.

REGATTA PUSA 2017  telah berlangsung pada 21 sehingga 23 April 2017 yang lepas dan merupakan menyertaan yang paling ramai dan banyak dalam penganjuaran Regatta di Sarawak apabila berjaya mengumpul penyertaan seramai lebih 20 buah team/ pasukan lumba perahu dan mencatatkan lebih 100 buah perahu bertanding bagi merebut kejuaraan dalam perlumbaan yang menjadi tarikan masyarakat di pelusuk kawasan termasuk kawasan di sekitar Daerah Pusa.

Regatta pada pali ini mencatat rekod penyertaan yang paling banyak dan telah diumumkan oleh pengacara semasa berlangsungnya Regatta Pusa 2017 di Daerah Pusa yang memilih Sungai Rimbas sebagai lokasi perlumbaan pada tahun ini.

Regatta Pusa 2017 kali ini dirasmikan oleh Dato Sri Hajah Rohani Bin Abdul Karim , Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang turut diiringi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri N24 Beting Maro YB Razaili Gapor.

Raja Sungai pada tahun ini dimenangi oleh Pasukan Lumba Perahu dari kampung Kalok Pusa, Team Baracuda yang mengekalkan kejuaraannya yang ditentang hebat oleh pasukan GP Jang di tempat kedua dan Perahu Cahaya Puteri Ruai yang menduduki tempat ketiga.

Regatta Pusa 2017 pada kali ini mendapat perhatian dari individu kenamaan yang hadir termasuk wakil rakyat dan turut diumumkan cadangan untuk menambah peruntukan penganjuran pada masa akan datang bagi menambahbaik dan menarik lebih banyak penyertaan untuk memeriahkan penganjuran regatta yang akan datang disamping menggalakkan peningakatan mutu dari segi penyertaan dan komitmen para peserta untuk menunjukkan kemahiran dan kebolehan setiap pasukan masing masing.

Regatta Pusa 2017 juga berjaya menarik ribuan masyarakat yang hadir termasuk yang datang dari jauh bagi menyaksikan regatta 2017.Tidak kurang juga ada pengunjung yang datang dari jauh untuk menyaksikan pasukan - pasukan lumba perahu di Regatta Pusa 2017.

Selain dari Regatta 2017 turut dimasukkan dalam aturcara program adalah pembukaan khemah - khemah dan booth - booth jualan yang turut menjemput para pengusaha perniagaan kecil untuk sama - sama menyertai jualan - jualan di sepanjang tapak perniagaan di lokasi yang telah ditetapkan oleh Majlis Daerah Pusa.

Terdapat pelbagai jenis barangan yang dijual di sepanjang berlangsungnya Pesta Pusa 2017.Terdapat juga peniaga yang datang dari luar yang turut menyertai Pesta jualan yang dianjurkan pada kali ini bagi menambahkan pilihan barangan yang ditawarkan.

Selain itu juga Pesta Pusa 2017 turut menganjurkan pelbagai lagi program dan aturcara yang menarik khas untuk pengunjung yang datang seperti fun fair,live band dan persembahan artis jemputan dan beberapa lagi program yang disusun oleh pihak penganjur untuk memeriahkan Pesta dan Regatta Pusa untuk tahun 2017.


























































































AZLAN RUMADI
www.ilovepusa.blogspot.my


No comments: