Thursday 27 April 2017

FINAL SAKAI 15 REGATTA PUSA 2017 DI MENANGI PERAHU CAHAYA PUTRI RUAI .


FINAL SAKAI 15 REGATTA PUSA 2017 DI MENANGI PERAHU CAHAYA PUTRI RUAI .

PERAHU CAHAYA SERI RUAI dinobatkan sebagai juara bagi kategori Sakai 15 Regatta Pusa pada kali ini.Perahu Wali Putih yang memberikan persaingan yang sangat sengit kepada pasukan juara berada ditempat kedua dan Perahu Helang Terbang Bujang Saribas ditempat ketiga.

Perahu Cahaya Putri Ruai yang mendapat saingan sengit seawal dilepaskan ditempat pelepasan mendapat persaingan sengit dari Perahu Wali Putih yang sentiasa bergilir - gilir mendahului sepanjang perlumbaan sebelum Cahaya Seri Ruai memintas Perahu Wali Putih di saat akhir sebelum ke garisan penamat.

Final Sakai 15 Regatta Pusa 2017 membariskan beberapa pasukan yang hebat - hebat dalam persaingan untuk merangkul gelaran pemenang.Laluannya bukanlah mudah memandangkan pelepasan bagi acara Final Sakai 15 ini berlangsung pada menjelang tengahari dalam keadaan cuaca cerah panas.Cabaran nya bertambah hebat dengan keadaan sungai yang mulai pasang dan arusnya mula mengalir deras.

Keadaan ini secara tidak langsung telah menguji tahap stamina pada peserta atau pengayuh untuk melihat kemampuan bertahan dalam mengekalkan rentak kayuhan sehingga ke garisan penamat. 



AZLAN RUMADI
www.ilovepusa.blogspot.my

RAJA SUNGAI RIMBAS REGATTA PUSA 2017 - FINAL SAKAI 30


RAJA SUNGAI RIMBAS REGATTA PUSA 2017 - FINAL SAKAI 30 

TEAM BARRACUDA dari Kampung Kalok,Pusa,Betong Sarawak dinobatkan sebagai Raja Sungai Rimbas setelah berjaya menjuarai Final Sakai 30 meninggalkan  perahu di tempat kedua iaitu perahu GP Jang dan dikejar rapat juga oleh Perahu Perahu Cahaya Putri Ruai yang turut memberi persaingan yang sangat sengit.

Team Barracuda yang merupakan wakil dari Tuan Rumah yang juga merupakan juara bertahan untuk Regatta Pusa semestinya mengerahkan sehabis usaha dan tenaga bagi mengekalkan kejuaraan mereka lebih - lebih lagi perlumbaan pada kali ini turut mendapat saingan sengit dari pasukan dari luar seperti Sebuyau, Kuching,Debak dan beberapa lagi kawasan yang lain yang turut menguji keupayaan pasukan mereka di Sungai Rimbas.

REGATTA PUSA 2017 pada kali ini membariskan pasukan - pasukan lumba perahu yang sangat mantap dari segi persaingan dan kemahiran semasa berada di sungai.Semestinya pasukan - pasukan yang berentap bagi merebut gelaran juara memberikan sehabis baik dan mengerah semua tenaga dan usaha untuk merangkul gelaran Raja Air atau Raja Sungai selaku pasukan yang memenangi acara kemuncak iaitu  Final Sakai 30.

Laluan perlumbaan sepanjang 2 kilometer dari bahagian hulu Sungai Rimbas bukanlah laluan yang mudah berbanding dengan acara seperti Regatta di peringkat negeri memandangkan banyak perancangan dan strategi yang perlu diambil kira termasuk keadaan arus sungai yang tidak menentu disamping dengan sungai yang berselekoh dan sudut teknikal juga harus diberi pertimbangan bagi membantu melancarkan pergerakan perahu semasa berlumba dan peserta yang selaku pengayuh perahu juga perlu mempertimbangkan dari segi penggunaan tenaga dan teknik - teknik tertentu untuk memantapkan kelajuan perahu masing - masing.

Walau bagaimanapun, kalah menang adalah adat pertandingan dan kepada mereka yang tidak menang akan turut mengatur strateg dan latihan seterusnya bagi membaiki mutu keupayaan pasukan masing - masing.Sungguh begitu semangat kesukanan yang tinggi yang ditunjukkan oleh semua perserta dalam perlumbaan kali ini harus dipuji kerana semangat kesukanan ini turut memainkan peranan yang penting dalam mengharmonikan suasana  Regatta Pusa 2017 yang dilangsungkan.

Semoga penganjuran yang akan datang lebih baik dari penganjuran pada tahun ini.



I LOVE PUSA
www.ilovepusa.blogspot.my


PESTA PUSA 2017 BERLANGSUNG MERIAH DAN REGATTA PUSA 2017 MENCATAT SEJARAH DAN REKOD PENYERTAAN PALING RAMAI REGATTA DI SARAWAK


 PESTA PUSA 2017 BERLANGSUNG MERIAH DAN REGATTA PUSA 2017 MENCATAT SEJARAH DAN REKOD PENYERTAAN PALING RAMAI REGATTA DI SARAWAK.

REGATTA PUSA 2017  telah berlangsung pada 21 sehingga 23 April 2017 yang lepas dan merupakan menyertaan yang paling ramai dan banyak dalam penganjuaran Regatta di Sarawak apabila berjaya mengumpul penyertaan seramai lebih 20 buah team/ pasukan lumba perahu dan mencatatkan lebih 100 buah perahu bertanding bagi merebut kejuaraan dalam perlumbaan yang menjadi tarikan masyarakat di pelusuk kawasan termasuk kawasan di sekitar Daerah Pusa.

Regatta pada pali ini mencatat rekod penyertaan yang paling banyak dan telah diumumkan oleh pengacara semasa berlangsungnya Regatta Pusa 2017 di Daerah Pusa yang memilih Sungai Rimbas sebagai lokasi perlumbaan pada tahun ini.

Regatta Pusa 2017 kali ini dirasmikan oleh Dato Sri Hajah Rohani Bin Abdul Karim , Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang turut diiringi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri N24 Beting Maro YB Razaili Gapor.

Raja Sungai pada tahun ini dimenangi oleh Pasukan Lumba Perahu dari kampung Kalok Pusa, Team Baracuda yang mengekalkan kejuaraannya yang ditentang hebat oleh pasukan GP Jang di tempat kedua dan Perahu Cahaya Puteri Ruai yang menduduki tempat ketiga.

Regatta Pusa 2017 pada kali ini mendapat perhatian dari individu kenamaan yang hadir termasuk wakil rakyat dan turut diumumkan cadangan untuk menambah peruntukan penganjuran pada masa akan datang bagi menambahbaik dan menarik lebih banyak penyertaan untuk memeriahkan penganjuran regatta yang akan datang disamping menggalakkan peningakatan mutu dari segi penyertaan dan komitmen para peserta untuk menunjukkan kemahiran dan kebolehan setiap pasukan masing masing.

Regatta Pusa 2017 juga berjaya menarik ribuan masyarakat yang hadir termasuk yang datang dari jauh bagi menyaksikan regatta 2017.Tidak kurang juga ada pengunjung yang datang dari jauh untuk menyaksikan pasukan - pasukan lumba perahu di Regatta Pusa 2017.

Selain dari Regatta 2017 turut dimasukkan dalam aturcara program adalah pembukaan khemah - khemah dan booth - booth jualan yang turut menjemput para pengusaha perniagaan kecil untuk sama - sama menyertai jualan - jualan di sepanjang tapak perniagaan di lokasi yang telah ditetapkan oleh Majlis Daerah Pusa.

Terdapat pelbagai jenis barangan yang dijual di sepanjang berlangsungnya Pesta Pusa 2017.Terdapat juga peniaga yang datang dari luar yang turut menyertai Pesta jualan yang dianjurkan pada kali ini bagi menambahkan pilihan barangan yang ditawarkan.

Selain itu juga Pesta Pusa 2017 turut menganjurkan pelbagai lagi program dan aturcara yang menarik khas untuk pengunjung yang datang seperti fun fair,live band dan persembahan artis jemputan dan beberapa lagi program yang disusun oleh pihak penganjur untuk memeriahkan Pesta dan Regatta Pusa untuk tahun 2017.


























































































AZLAN RUMADI
www.ilovepusa.blogspot.my