Sunday 31 December 2017

AL-FATIHAH : ALLAHYARHAM NARAWI BIN KOLEK DARI KAMPUNG SEMARANG.

Assalamualaikum wbt.

Innalillahiwainna lillah hirojiun.

Al Fatihah.Telah kembali ke Rahmatullah Narawi Bin Kolek atau lebih dikenali sebagai Golok dari Kampung Semarang pada 31 Disember 2017 Bersamaan 14 Rabiul Akhir 1439H.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Kediamannya pada jam 1.30 petang tadi.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Semarang pada esok hari.

Semoga Allah menempatkan roh Allahyarham dikalangan orang yang beriman dan menang di sisiNya.

Takziah kepada ahli keluarga Allahyarham.Semoga tabah menghadapi segalanya.

Allahuma firlahum wa 'afini wa' fu 'an hum.

Kita sama sama doakan buat Roh Allahyarham.

.Alfatihah.

Saturday 30 December 2017

MELAYU

MELAYU
Namoku Payjai

Melayu...
Bangsa yang gah ketika dulu
Kini entah kenapa malu sembilu
Mengharap menagih ehsan yang lain
Kerana lemahnya jati diri
Silap diri sendiri atau pemimpin

Melayu...
Islamnya sudah la tentu
Katanya biar mati anak jangan mati adat
Anak dibiar mati
Adat siapa yang nak warisi

Melayu...
Kini sudah lemah
Hanya kuat pada nama
Kuat pula dengki dan irihati
Kalau dah benci syaitan yang direjam dicari
Untuk melempias pedihnya hati
Kepada bangsa sendiri itu yang pasti

Melayu...
Kini sudah goyah
Angkara sifat munafik yang tak sudah
Menjauhkan agama menuruti dosa
Silaturrahim entah ke mana
Dalam ikatan yang sangat longgar

Melayu...
Bangunlah dari lenamu
Bangkit dari fantasi
Engkau kini buah caturan orang
Tanpa engkau sedari tanpa engkau mimpi
Generasi mu nanti hambanya orang

Melayu...
Panjangkan akal fikirkan nasibmu
Generasi mu nanti jadi apa
Lontarlah jauh sikap prajudis
Lontarlah jauh busuk hatimu
Demi generasi dan bangsamu
Di bumi nyata fantasi tinggalkan

Melayu...
Usah jadikan hidup mainan orang
Tetapkan pendirian teguhkan iman
Kerana sayangnya harus pada bangsa
Bukan pada diri sendiri  cuma...

Bangsa Melayu

30 Disember 2017

#NamokuPayjai

WARGA DUNIA

WARGA DUNIA
Namoku Payjai

Senja berlabuh menjemput malam
Buat warga merehat badan
Tidurlah wahai dunia wahai insani
Tinggalkan sekejap hal duniawi

Terbit mentari di waktu pagi
Kokokkan ayam penyeri dini hari
Penyebab warga bangkit dari mimpi
Bermula semula tanggungjawab insani

Kitaran hidup bagaikan roda
Kejap di atas kejap di bawah
Kepada yang Esa jangan dilupa
Agar hidup sentiasa di dalam naungan-Nya

Sudah menjadi resam di dunia
Hanya yang kaya disembah dipuja
Kerana hina mereka yang papa
Miskin harta dan juga kuasa

Mata menjadi saksi dunia
Hanya yang lemah menjadi mangsa
Yang kuat pula bermaharajarela
Menindas mencengkam hidup yang lainnnya.

Rintih jerih perih sudah tak berguna
Di mata dunia yang penuh kejam
Tiada tempat mengadu lagi
Kepada-Nya jua kita kembali

30 Disember 2017

Nukilan
#NamokuPayjai

AL- FATIHAH : ALLAHYARHAMAH HAJI NYONYAH BINTI GENI DARI KAMPUNG HILIR PUSA.

Assalamualaikum wbt.

Innalillahiwainna lillah hirojiun.

Al Fatihah.Telah kembali ke Rahmatullah Ibunda Haji Nyonyah Binti Geni atau lebih dikenali sebagai Haji Onyah dari Kampung Hilir Pusa pada 30 Disember 2017 Bersamaan 13 Rabiul Akhir 1439H.

Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir di kediaman anaknya beralamat Lot 3685 Lorong Cahya Aman 2C,Taman Putri, Bandar Baru Samariang, Kuching pada jam 12.02 pagi tadi.

Jenazah Allahyarhamah dibawa pulang ke Kampung Pusa dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pusa pada hari ini juga selesai solat Zohor.

Semoga Allah menempatkan roh Allahyarhamah dikalangan orang yang beriman dan menang di sisiNya.

Takziah kepada ahli keluarga Allahyarhamah.Semoga tabah menghadapi segalanya.

Allahuma firlahum wa 'afini wa' fu 'an hum.

Kita sama sama doakan buat Roh Allahyarhamah

.Alfatihah.

Thursday 28 December 2017

RUMAH BARU DI PERSIMPANGAN

RUMAH BARU DI PERSIMPANGAN
Daud Ahmad

Impian hati seorang sahabat
Mengharungi cabaran
Dalam alaf terkini
Berkat usaha dan tawakal
Terbinalah .....
Mahligai.... Impian....

Tahniah.....
Sedikit menggambarkan
Perjuangan anak watan
Untuk generasi ini

Semoga....
Terbit kesedaran sedikit dalam hati ini
Hidup bukan mudah
Selagi hayat berkampung di jasad
Mengejar impian dalam doa

Yang pastinya....
Dugaan jiwa semata

6 Jun 2017

Nukilan Daud Ahmad

TERSESAT DALAM GURISAN CINTA

TERSESAT DALAM GURISAN CINTA
Daud Ahmad

Seandainya dapat ku lakarkan semula
Bisikan kasih yang telah kau ucapkan
Diri ini terbuai
Dalam suasana yang indah
Dibayangi kata-kata cinta

Seandainya dapat ku tempuhi kembali
Sejarah cinta yang telah kita lalui
Diri ini terlena
Dalam mimpi yang pedih
Mengharungi cita-cita musnah

Tak mungkin....
Lenyapnya kenangan itu
Walau...
Hanya seketika
Dilafazkan nukilan bertahta di jiwa

Aku ini....
Hanya insan biasa
Terluka...
Pedih kurasai
Oleh takdir cinta berkecai musnah...

23 Jun 2016

Nukilan Daud Ahmad

AL- FATIHAH : ALLAHYARHAM HADIE BIN SUMAR DARI KAMPUNG TENGAH PUSA.

Assalamualaikum wbt.

Innalillahiwainna lillah hirojiun.

Al Fatihah.Telah kembali ke Rahmatullah Ayahanda Hadie Bin Sumar atau lebih dikenali sebagai Nek Yak Die dari Kampung Tengah Pusa pada 28 Disember 2017 Bersamaan 09 Rabiul Akhir 1439H.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir dikediamannya pada jam 1.30 pagi tadi

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pusa pada hari ini juga setelah kedatangan semua sanak saudara Allahyarham.

Semoga Allah menempatkan roh Allahyarham dikalangan orang yang beriman dan menang di sisiNya.

Takziah kepada ahli keluarga Allahyarham.Semoga tabah menghadapi segalanya.

Allahuma firlahum wa 'afini wa' fu 'an hum.

Kita sama sama doakan buat Roh Allahyarham

.Alfatihah.

Wednesday 27 December 2017

WANG

WANG
NamokuPayjai

Wang...
Nama cukup popular
Di kenali seluruh dunia
Panggilan yang berbeza-beza
Tapi punya makna yang sama

Wang...
Punya peranan yang cukup besar
Punya pengaruh di seluruh dunia
Punya pengaruh dalam kehidupan manusia

Wang...
Boleh mendatangkan petaka
Boleh buat orang jadi sesiapa saja
Gila jadi waras
Waras jadi tuan
Tuan pada si miskin
Tuan pada si kaya
Malah bertuankan pun ada

Wang...
Menjurangkan keluarga
Menjurangkan saudara
Kenal jadi lupa
Ada mengaku saudara
Ada pula tidak peduli saudara

Wang...
Hilang dicari
Tetap berpenganti
Janji rajin mencari
Harus kuatkan diri
Jangan mudah patah hati
Usaha gigih itu kunci diri
Hidup senang di dunia ini

Wang...
Sering bertukar ganti
Saban tahun tak pilih waktu
Nilai tetap sama
Cuma berbeza pada kualiti

Wang...
Salah guna mendatangkan susah
Tidak ada pula menyusahkan
Terpulang pada niat dan cara

Wang...
Hakikatnya hidup memang pahit
Tiada wang hidup menjadi sempit
Rumitnya sudahlah tentu
Di hina orang salah satunya

Wang...
Andai engkau punya nyawa
Pilihlah betul tempat berada
Agar mereka punya cerita
Bahawa hidup ini cukup bermakna
Bukan neraka bagi mereka
Tapi syurga untuk semua di dunia

#NamokuPayjai

RUMAH SAKIT

RUMAH SAKIT
Namoku Payjai

Rumah Sakit...
Tidak pernah sunyi
Sentiasa berpenghuni
Sentiasa ada yang datang bertandang
Tidak pernah pula berkurang

Rumah sakit...
Tetamu mu tidak kira usia
Tidak mengenal mangsa
Tidak pula pilih bangsa dan agama
Menerima sesiapa sahaja seadanya

Rumah sakit...
Ada yang datang ada yang pergi
Ada yang pergi tak muncul kembali
Ada yang datang berulang lagi
Yang datang menjenguk tidak terperi

Rumah sakit...
Jasa isimu selalu dipandang sepi
Oleh insan yang tidak tahu menghargai
Hanya menghina dan mengeji isimu
Itu saja yang mereka erti

Rumah sakit...
Engkau banyak menyimpan cerita
Baik suka mahu pun duka
Sudah sekali menjadi tetamu
Cukup sudah mengisafi diri
Merasa nikmat ditarik Ilahi

Rumah sakit...
Punya misteri yang tersendiri
Tak terungkap oleh akal insani
Betapa menggunung jasamu
Tetap ada yang tidak mensyukuri

Rumah sakit...
Semoga Tuhan memberkati
Supaya terus berbakti
Dengan kudrat yang diberi
Tulus mulus seikhlas hati
Hingga berhenti nadi nafas terhenti...

Hospital Bintulu, Bintulu
#NamokuPayjai

AYAH...

AYAH...
Namoku Payjai

Walau apapun jua panggilan untukmu
Makna dan pengertiannya tetap sama
Menyimpan beban tetap tenang
Punya tanggungjawab besar digalas
Tak pernah merungut tak pernah mengeluh
Demi keluarga yang tersayang

Garis-garis di wajah ayah
Betapa gambaran jerih pedih dirinya
Lukisan potret hidupnya dalam susah dan senang
Demi menjaga ego dirinya

Pada diri seorang Ayah
Keluarga adalah kehidupannya
Hidup susah bukan kemahuan
Kesenangan dan kejayaan anak jadi keutamaan

Di dalam kerut wajah ayah
Ada luka yang sembuh berparut
Ada hati yang terkilan tersembunyi
Ada kisah hitam dipadam dari memori

Ayah kau tetap gagah
Walau besar ombak dan onak
Walau terkadang tersungkur jua
Tetap terus berusaha
Berdiri dan bangkit semula
Demi siapa?
Demi anak isteri yang tercinta.

Sajak Untuk Ayahnda Hj Jabat Bin Jahiri
#NamokuPayjai

#SelamatHariBapa

KAMPUNGKU...

KAMPUNGKU...

Namoku Payjai

Tanah keramat kelahiran
Tempat mengenal banyak perkara
Tempat belajar permulaan di dunia
Tempat menjiwai kehidupan manusia
Berpisah terpaksa dilupakan jangan
Kerna hidup baru saja bermula

Kampungku...
Kini mu jauh dari pangkuan
Bersedih hati sudahlah tentu
Kerna apa yang ingin ku kerjakan
Demi hidup bukan kesenangan
Kita berpisah itu tuntutan
Bertemu bila berkesempatan

Kampungku...
Sedikit aku kesalkan
Kita tidak seakrab dimula kehidupan
Sahabat-sahabat kita abaikan
Membuka lebaran selebar kemahuan
Rezeki luas di segenab hamparan
Di situ menetap teruskan pengharapan

Kampungku...
Jodoh kita tak la ke mana
Tanah tercinta sehingga roh terpisah dari badan
Kau tetap di hati juga di fikiran
Walau emas di negerinya orang
Batu juga yang diinginkan
Kerna azalinya kita sudah ditentukan
Kekal hingga pengakhiran
Tanahmu jua tempat bersemanyam
Jasadku kelak engkau simpan
Bersemadi aman bersama selamanya

Kampungku...
Kisah kita bukan dongengan
Buat cerita penyambung warisan
Zaman berzaman dalam ingatan
Tetaplah kita generasi sungai lautan dan hutan
Asal usul dilupakan jangan
Sebagai sempadan supaya tetap dilandasan
Orang kampung dulu dan juga sekarang
Kampung nan indah dicemburui orang
Kampung Beladin Kampung Nelayan
Kekal begitu harus begitu
Sudahlah indah bertuah lagi...

Kampong Beladin, Pusa
#NamokuPayjai

Tuesday 26 December 2017

PANCA INDERA

PANCA INDERA
Namoku Payjai

Punya persepsi yang berbeda
Punya jawapan yang bermacam juga
Penilaian ikut jiwa
Penilaian ikut rasa
Penilaian atas kewarasan minda
Akal juga lebih berguna
Membaca lukisan senja
Mencorak potret ukiran rasa

Panca indera...
Tidak semua yang merasa anugerahnya
Di sia jangan
Di beban jangan
Kerna nikmat Tuhan
Untuk  menabur kebaikan insan

Panca indera...
Punya harga atasi intan belian
Hilang gelapkan seluruh alam
Aman jiwa bertukar gelora
Waras hilang pertimbangan pula
Hakikat sukar diterima
Normal jadi kurang upaya

Panca indera...
Nikmatnya ternilai rahmat tak terhingga
Kepada insan seperti kita
Manusia biasa kerdil cuma
Di sisi Tuhan Yang Maha Esa

Panca indera...
Lihatlah dunia ciptaan-Nya
Indah tidak terkata
Terkelu lidah menatap hiba
Hina terbit di senja kala
Terbenam mentari mengelapkan mata
Tak mampu kita menahannya
Tiada kuasa mampu menandingi
Azali kejadian ketentuan Tuhan

Panca indera...
Tataplah seluas pandangan
Semahu rasa ungkapan keindahan
Itu kejadian Tuhan
Untuk kita penghuni alam
Berkesempatan selagi diizinkan
Entah bila dijemput Tuhan
Siapkan bekalan sebelum pergi
Abadi kita di alam sana
Mudahan selamat aman dan bahagia
Kerna bekalan yang sudah disedia...

Pantai Tanjung Batu Bintulu, Bintulu
#NamokuPayjai
[24/12, 9:47 pm] Bg Pejai: Ayah...

Walau apapun jua panggilan untukmu
Makna dan pengertiannya tetap sama
Menyimpan beban tetap tenang
Punya tanggungjawab besar digalas
Tak pernah merungut tak pernah mengeluh
Demi keluarga yang tersayang

Garis-garis di wajah ayah
Betapa gambaran jerih pedih dirinya
Lukisan potret hidupnya dalam susah dan senang
Demi menjaga ego dirinya

Pada diri seorang Ayah
Keluarga adalah kehidupannya
Hidup susah bukan kemahuan
Kesenangan dan kejayaan anak jadi keutamaan

Di dalam kerut wajah ayah
Ada luka yang sembuh berparut
Ada hati yang terkilan tersembunyi
Ada kisah hitam dipadam dari memori

Ayah kau tetap gagah
Walau besar ombak dan onak
Walau terkadang tersungkur jua
Tetap terus berusaha
Berdiri dan bangkit semula
Demi siapa?
Demi anak isteri yang tercinta.

Sajak Untuk Ayahnda Hj Jabat Bin Jahiri

#NamokuPayjai
#SelamatHariBapa

Sunday 24 December 2017

DUGAAN

DUGAAN
NamokuPayjai

Tanpa dijemput diundang
Tak diminta datang juga
Tak siapa dapat hindarinya
Terima saja dengan tabah
Terima saja dengan sabar

Dugaan...
Hilang nikmat ditarik sementara
Bagai hilang seri dunia
Ceria bahagia berganti duka
Harta menggunung pa gunanya
Badan longlai tak bermaya

Dugaan...
Punya pelbagai corak dan warna
Tak pilih pada siapa
Kecil ataupun yang dewasa
Miskin mahupun kaya
Tetap tak lepas darinya

Dugaan...
Begitu kisah seorang insani
Lumrah yang hidup di dunia ini
Sehingga mati baru terhenti

Dugaan...
Ada hikmah tersembunyi
Kuatkan iman tabahkan hati
Berserah saja pada Ilahi
Itu saja yang termampu
Doa dan usaha itu yang perlu
Harta yang banyak tak dapat membantu
Jika itu dah ditentu

Dugaan...
Berat atau ringan
Tetap berat ditanggung jiwa
Mata memandang akal mengira
Berakhirnya bila bermain di minda
Mudah-mudahan tidaklah lama
Kerna tak tertanggung rasa hati
Apa yang telah dilalui

Dugaan...
Satu demi satu sudah berlalu
Syukur dipanjatkan kepada Ilahi
Alhamdulillah sangat menginsafi
Sebagai peringatan pada diri
Jauhkan diri dengan duniawi
Dekatkan diri pada akhirat
Hidup pasti akan selamat
Bila kembali padanya nanti
Kita bahagia di hari pengadilan
Muka tersenyum hati keriangan
In shaa Allah...

Nukilan
#NamokuPayjai
#PenyajakKampong

PERTANDINGAN FUTSAL TERBUKA 2017 PIALA YANG BERHORMAT TUAN HAJI RAZAILI BIN HAJI GAPOR ADUN N29 DI BELADIN, PUSA

PERTANDINGAN FUTSAL TERBUKA 2017 PIALA YANG BERHORMAT TUAN HAJI RAZAILI BIN HAJI GAPOR ADUN N29 DI BELADIN, PUSA

Hari ini Pertandingan Futsal Terbuka Piala ADUN 29 menutup tirainya pada jam 4. 00 petang tadi. penutupan disempurnkan oleh Yang Berhormat ADUN N29 Betong Maro Yang Berhormat Tuan Haji Razaili Bin Haji Gapor  yang juga merangkap Pengerusi Saberkas Cawangan Beting Maro.

Penganjuran pertandingan ini pada kali ini merupakan kerjasama antara Saberkas Cawangan Beting Maro dengan Jasa dan Pusat Khidmat Beting Maro.

Pertandingan kali ini berjaya menarik penyertaan sebanyak 34 team atau pasukan futsal dari seluruh warga Daerah Pusa.

Pertandingan Futsal Piala ADUN N29 pada tahun ini dimenangi oleh Pasukan VT  14 dari Kampung Beladin selaku juara yang membaw pulang wang tunai RM700. 00 berserta medal dan Piala.

Manakala Naib Juara adalah pasukan dari Kampung Mangut yang membawa pulang wang tunai RM500. 00 beserta PialA dN medal. Tempat ketiga pula dimenangi oleh Pasukan futsal dari Kampung Semarang yang membawa pulang wang tunai RM300. 00 beserta piala dan medal. Tempat Keempat dimenangi oleh Pasukan Mak Su FC yang membawa pulang piala.

Terima kasih atas kehadiran yang berhormat pada hari ini.

TAHNIAH  kepada pasukan-pasukan yang bertanding pada pertandingan tahun ini. Syabas juga kepada pihak penganjur yang menjayakan pertandingan ini termasuk juga mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi memastikan pertandingan beejalan lancar.

Semoga lebih banyak pertandingan yang sebegini diadakan pada masa yang akan datang bagi memupuk semangat bersukan dikalangan warga Daerah Pusa dan meningkat semangat Muhibbah sesama kita.

SYABAS DAN TAHNIAH buat semua.

Thursday 21 December 2017

TUNGGAL

TUNGGAL
Nukilan Namoku Payjai

Aku hanyalah seorang manusia biasa
Dilahirkan tanpa mempunyai saudara (tunggal)
Jikalau datang masalah dan kesulitan,
aku tak tau ke mana akan ku curahkan
Kerana aku tak punya saudara (tunggal)
Jadi kuhadamkan semuanya
Bagai pasir jelus menelan mangsa

Sampai detik ini aku kegusaran
Jikalau orang tua ku mengadap Ilahi
Siapa yg akan menemani keseharianku???
Kerana tanpa ada keduanya ,rumah dan keseluruhan jiwa pasti terasa sepi

Tapi aku bersyukur dilahir sebagai tunggal
Kerana...
Perhatian orang tua hanya untukku
Orang tua ku lah menjadi sahabat ku
Sampaiku pergi mengadap ilahi sekalipun
Keduanya tetap orang tuaku sampai alam sana
Tidak akan kuganti dengan yang lain

Terima kasih ibu
Terima kasih ayah
Atas apa yg telah kalian lakukan untuk kebaikan ku
Dalam setiap doa anakmu ini
Tak lekang kusebut namamu berdua
Tu saja termampu
Tu saja terdaya
Ku balaskan kebaikan budi dan jasa
Sebagai anak terhadap orang tuanya
Akulah si Tunggal tanpa saudara.

19 Disember 2017, Selasa
Bintulu

Nukilan
Namoku Payjai

Tuesday 19 December 2017

SURATAN

SURATAN
Namoku Payjai

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan
Ada yg datang ada juga yg pergi
Kawan sentiasa silih berganti
Yang pasti tak sama sebagai  pganti
Yang lama juga yang dicari...

Perpisahan tak perlu dicari
Tidak juga diingini
Namun tetap akan terjadi
Tak kira masa & juga waktu
Jika itu sudah dijanji...

Yang ditinggal merasa hiba
Yang pergi pula merasa pilu
Selebihnya mengharap sinar
Sesudah tragedi
Pastikah kita akan bersua lagi. ..

Airmata tidak mampu disembunyi
Mengalir laju membasahi pipi
Segala kenangan menerjah jiwa
Membuat perasaan menjadi  hiba
Kerana persahabatan tidak menjanjikan derita...

Kesatkan saja airmatamu
Wahai sahabat berjiwa lara
Yang merancang itu adalah kita
Tapi Tuhan jua yang menentukan segalanya
Itu sudah suratan takdirnya
Kita terpaksa berpisah jua...sahabatku
Kerna setiap pertemuan pasti akan ada titik perpisahannya.

19 Disember 2017
Nukilan Asal: Namoku Payjai

Saturday 16 December 2017

KELAKA URANG BELADIN VS KELAKA URANG KUCHING

KELAKA URANG BELADIN VS KELAKA URANG KUCHING

Pada suatu hari adolah sahabat dari Kampung Beladin ngembak kawan dari Kuching pulang kampung ea.Perbualan macam tok.

Beladin : Dah Kemeh ko barang tek.? mun dah kemeh kito berangkat alu tuk.

Kuching : ( Blur,sik faham.Mato pelik pelik). Apahal nak kemeh indah ? barang tinggal masuk kereta jak gik tok

Beladin : Nyaaa...lemahnya nyawo ku lah.Kemeh lah.Nyaman kito berangkat pulang ke kampua ( Kampung ) gik kedong ari belum paneh ilak yo.

Kuching : Owh.Kemas. padah lah kemas barang. Paneh ? apa ya ?

Beladin : Nyaaa... kemeh barang lah padah urang tadik. Paneh lah. mun hari paneh, pedeh ( sakit ) nyawo dalam keto lah.

Kuching : Owh hari panas. kenak nyawa pedih indah ?

Beladin : Ya rabbi, susah na kaka ngan urang mala ndak faham wih. Bukan pedeh yo padah urang, pedeh yo sakit nyawo drive dalam keto mun hari paneh kelak.

Kuching : Owh. Macam ya. Alu nak manas dan moha indah nya eh.huhuhu

Beladin : Sik ado urang mugheh( manas/ manas) ah. Urang madah jak.Nyaaa...laju gik seh.Balat na tanyak lah.

Kuching : Aok la aok la.

Beladin : aaaa...nyo meyo.. kelak kito singgah kedai lok mbeli air mineral ngan roti lulum pake bekai dalam perjalanan lak.

Kuching : Roti lulum ? apa gik ya. pelik da jak bunyi nya ya.hehehehe.

Beladin : Gulo batu lah.Tekuak ( ketok ) palak gik.Mala ndak tauk.Pedeh ati kaka ngan mbiak tuk ah.

Kuching : Iboh pedih hati dolok. Perjalanan belum start gik tok.hehehe

Beladin : Nyaaa... somboak ( mintak puji ) na lah. Laju gik siyo. Maleh( malas) ku nak kaka panjang gik ah. Ngasak ati jak, wih.

Kuching : Ok ok.hahahaha.

Meyo lah kesah eh.Memang bahaso kito banyak susah di faham orang meno lain berbanding bahaso melayu Sarawak. Tapi aliran bahaso yo lah yang melambang kito identiti kito dari meno Saribas.

#PehPehDalamBabeh.

I LOVE PUSA
www.azlanrumadi.blogspot.my

Friday 15 December 2017

SEJARAH DAN ASAL USUL DATO GODAM

SEJARAH DAN ASAL USUL DATO GODAM

Dato Godam @ Dato Gudam @ Abang Godam @ Raja Umar Bin Datuk Bendahara Harun adalah seorang putera kepada bendahara negeri Pagar Ruyung, Minangkabau yang datang merantau ke Borneo sekitar tahun 1690 – 1710 semasa era pemerintahan Sultan Nasruddin (Sultan Brunei ke-15). Ayah beliau, Datuk Bendahara Harun / Bendaro Harun bin Datuk Bendahara Ismail merupakan anggota “Basa Ampek Balai” yang menjalankan administrasi kerajaan bersama-sama Raja Alam, Raja Adat dan Raja Ibadat. Ibu Dato Godam pula ialah seorang wanita Belanda iaitu anak kepada Jan Van Groenewegen yang ditugaskan di pejabat VOC sebagai Residen Belanda di Padang, Sumatera Barat pada tahun 1662. Datuk Bendahara Harun dikatakan berketurunan Raja Suran yang merupakan dari susur-galur Iskandar Zulkarnain.

Dato Godam datang ke Borneo untuk berdagang setelah dipertikaikan pertabalan menjadi pengganti ayahnya kerana ibunya bukan keturunan diraja Minangkabau.

Sampainya di muara Saribas, Borneo (sekarang Sarawak) beliau bertemu Datu Temenggung Kadir iaitu seorang pembesar dari Negara Brunei yang kecewa melarikan diri setelah anaknya diambil Sultan Brunei ketika itu untuk dijadikan gundik. Setelah Dato Godam dan Datu Temenggong Kadir berkenalan, beliau bersetuju untuk membantu mendapatkan kembali anak Datu Temenggong Kadir yang bernama Pengiran Kachi @ Dayang Chi itu.

Setelah berlabuh di Brunei, Dato Godam berjumpa Sultan dan membawa hajatnya berniaga kain. Perwatakannya, cara berpakaian dan adabnya sungguh menarik perhatian Sultan. Barang-barangan berupa kain bermutu tinggi yang dibawa juga amat menarik perhatian Sultan. Dato'' Godam dijemput ke istana untuk majlis makan-makan. Beliau memberi hadiah kepada Sultan. Sebagai balasan Sultan juga menghadiahkannya beberapa orang gundik, namun kesemuanya ditolak oleh Dato Godam. Setelah beliau terjumpa Dayang Chi, iaitu anak Datu Temenggong Kadir beliau membawanya naik ke kapal untuk melihat barangan yang dijual. Setelah melihat meriam yang dikirimkan oleh ayahnya di dalam kapal, tahulah dia bahawa Dato Godam datang untuk menyelamatkannya. Melalui kebijaksanaan berunding / berdiplomasi dengan Sultan dan pembesar, Dato Godam akhirnya berjaya membawa Dayang Chi keluar dari Brunei terus ke Tandang Sari (sekarang, Pusa) Saribas bertemu ayahnya yang menunggu di sana.

Datu Temenggong Kadir yang sangat gembira, menikahkan anaknya itu dengan Dato Godam. Mereka mendapat dua orang anak, iaitu Dato Bandar Abdul Rahman digelar Menteri Uban dan Dato Said digelar Menteri Puteh.

Dato' Godam pula menjalinkan hubungan baik dengan Kerajaan Brunei dan banyak membantu Sultan dalam hal-hal pentadbiran dan ekonomi. Anak beliau, iaitu Menteri Uban menetap di Saribas dan memulakan penempatan Melayu disitu. Anak keduanya pula, Menteri Puteh diangkat Sultan Brunei sebagai golongan bangsawan yang membantu mentadbir pemerintahan Sultan bagi membalas jasa Dato Godam di negara tersebut.

Dari keturunan Dato Godam inilah lahirnya keturunan Abang @ perabangan di Saribas Sarawak, melalui anak pertamanya Menteri Uban manakala keturunan Awang Awang Damit di Brunei melalui anak keduanya Menteri Puteh.

Sumber
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Pusa,_Sarawak

Thursday 14 December 2017

ASAL USUL NAMA KAMPUNG BELADIN

ASAL USUL NAMA KAMPUNG BELADIN

Terdapat pelbagai versi yang mensuratkan bagaimana Kampung Beladin mendapat namanya.Tambahan pula admin hanya mendapat sumber rujukan yang berdasar lisan atau cerita orang orang tua.Selain itu,admin juga belum menemui rujukan atau dokumen sejarah mensuratkan tentang sejarah asal usul Kampung Beladin yang merupakan salah satu kampung dalam di dalam pemerintahan Kerajaan Saribas pada suatu ketika dahulu.

Namun begitu, saya akan kongsikan kedua dua versi kongsikan kedua-dua versi asal usul nama Kampung Beladin sehingga kita menemui dokumen yang boleh dijadikan rujukan.

VERSI PERTAMA
( CERITA BUAH BELADIN )

Nama Kampung Beladin adalah diambil bersempena dengan sejenis buah yang dinamakan  Beladin.

Buah beladin pada masa dulu terdapat di salah satu tanjung di Hilir Kampung Pusa ( Tanjung Mark ) di mana lokasi kampung Beladin sekarang adalah tempat penduduk dari kawasan berdekatan untuk menanam padi (berumo).

Setelah mereka mendapat tahu yang tanah itu subur untuk bercucuk tanam, mereka bercadang hendak mendiami tempat tersebut. Namun untuk sampai ke tanah tersebut, mereka perlu melalui sebatang sungai. Tetapi sungai tersebut berbeza dengan sungai-sungai yang lain. Sungai ini lain kerana di sepanjang sungai ini terdapat banyak buah beladin. Dalam air sungai, dalam tanah, atas tanah, semua dipenuhi dengan buah beladin.

Mereka terus menamakan tempat tersebut sebagai kampung Beladin sehingga kini.

Sekarang, amat payah bagi generasi baru untuk melihat sendiri pokok beladin ini. Ia sudah pupus dan terdapat beberapa batang pokok sahaja yang hidup di kampung Beladin pada masa ini.

Sumber
http://beladin.pi1m.my

VERSI KEDUA
( LAGENDA PISAU / LADIN SAKTI )

Alkisahnya suatu waktu dahulu, Beladin merupakan antara salah satu jajahan kepada Kerajaan Kesultanan Brunei.  Pada waktu itu untuk kawasan Beladin dan Pusa dijaga oleh seorang pembesar lantikan Brunei.  Hendak dijadikan cerita, pada suatu hari telah datang sebuah kapal seorang saudagar berlabuh di kawasan berhampiran dengan perkampungan Melayu yang tidak bernama itu.  Turut dikatakan keberadaan saudagar itu adalah untuk berteduh beberapa hari dari keadaan laut yang bergelora.   

Kedatangan saudagar itu disambut baik oleh Ketua Kampung maka diadakan satu jamuan untuk meraikannya. Begitulah adat orang dulu-dulu untuk mengeratkan hubungan antara mereka.  Dari perbualan maka Ketua Kampung mengetahui bahawa saudagar itu cuma mencari tempat berteduh sementara menunggu laut tenang kembali. 

Dan setelah beberapa ketika akhirnya tibalah masa untuk saudagar berserta anak kapalnya memulakan pelayaran ke destinasi seterusnya.  Sebagai tanda persahabatan sebelum saudagar itu memulakan pelayarannya, maka dihadiahkan sebilah pisau atau ladin di dalam bahasa Melayu Sarawak kepadanya.  Ditinggalnya pesan kepada saudagar bahawa sekiranya beliau di dalam kesusahan iaitu terpaksa menghadapi cuaca yang buruk di lautan, saudagar itu harus membuang ladin atau pisau itu ke dalam laut luas.  Nescaya tiada yang buruk akan berlaku ke atas beliau dan kapalnya. 

Hendak dijadikan cerita di ketika di dalam perlayaran ke destinasi seterusnya iaitu beberapa hari kemudian, dikatakan kapal saudagar terpaksa menempuhi perjalanan yang beronak berduri.  Cuaca buruk di laut hampir sahaja menenggelamkan kapalnya sehinggalah satu ketika si saudagar teringat akan pesan Ketua Kampung itu lantas membuang ladin yang diberi ke dalam laut. 

Dengan tidak semena-mena laut yang mengganas boleh reda dan ini menyebabkan si saudagar merasa sungguh terhutang budi dengan jasa Ketua Kampung.  Disebabkan hal itu juga menyebabkan beliau tidak jadi belayar sebaliknya mudik ke kampung di muara Sungai Saribas. 

Berita mengenai Ladin sakti itu tersebar luas di seluruh pelusuk kampung yang mana akhirnya kampung yang tidak bernama itu dinamakan Beladin oleh masyarakatnya

Sumber
Page Fb Borneo Oracle.

Kedua-dua versi asal usul nama Kampung Beladin adalah dari sumber yang belainan yang bukan dari dokumen sejarah yang diperakui atau melalui cerita orang tua.Namun sekiranya terdapat sumber - sumber yang lebih sahih.Admin terbuka untuk menerima pembetulan supaya kita sama sama mendapat informasi dan perkongsian yang lebih tepat.

Sekian,terima kasih.

I LOVE PUSA
www.ilovepusa.blogspot.my

KENANGAN KEGIATAN DI SUNGAI RIMBAS

KENANGAN KEGIATAN DI SUNGAI RIMBAS

Dolok,
Sungei tuk meriah dgn perauk Tambang dan bot laju..
Tapi hari tuk,
Semo dah tinggai kenangan
Kenangan yo tetap terpahat dalam ingatan kita semo sampei bilo-bilo
Sik ado agik kesibukan di Sungei..
Sik ado agik perauk tambang..
Sik ado agik bot merapat di tebingan..
Sik ado agik nangga orang melambei mintak gaik di pengkalan.
Kenangan tuk akan kita simpan untuk di cerito ngn anak cucuk kito kelak.-Keperawi Awie
#bottambangbeladinpusak

Di sebalik ketenangan air nya,
Tersimpan seribu memori suka duka Penduduk Kampung Pusa - Zainuddin Pindah

Teringat pasar pusa lama dulok.
Bekayuh dari sungai undey.
Lum ado jalan rayo dulok.- Bandir Mengeris Bandir

I LOVE PUSA
www.ilovepusa.blogspot.my

Wednesday 13 December 2017

ASAL USUL NAMA KAMPUNG PUSA

ASAL USUL NAMA KAMPUNG PUSA

Menurut cerita orang tua-tua, suatu ketika dahulu terdapat sebuah kawasan kebun kecil yang didiami oleh sekumpulan petani dan dikenali sebagai 'Kebun Putat'.

Malangnya, kawasan ini selalu dilanda oleh ombak sehingga mereka meneroka kawasan baru untuk dijadikan perkampungan.

Pada suatu pagi, ketika bergotong-royong membersihkan kawasan baru itu, mereka telah terserempak dengan seekor 'kucing hitam'.

Akhirnya, timbul cadangan untuk menggelarkan nama kampung baru itu sebagai 'Kampung Pusa' (kucing) atau "Pusak" mengikut sebutan Saribas yang kekal sehingga kini.

Kini, Kampung Pusa telah menjadi sebuah pusat daerah kepada Daerah Pusa yang juga dimahsyurkan sebagai pusat Kerajaan Saribas pada masa dulu merujuk kepada sejarahnya.

Sumber
http://www.sarawak.com.my

KISAH LAGENDA DAYANG ISAH TANDANG SARI

KISAH LAGENDA DAYANG ISAH TANDANG SARI

Kisah berlaku sebelum kewujudan Dinasti Brooke di sebuah negeri Saribas yang terletak di bawah kekuasaan Sultan Brunei. Pusat pemerintahan Saribas terletak di Tandang Sari atau pada hari ini dikenali sebagai Pusa. Sebagai pemeritah yang amat dikasihi rakyat, Datuk Temenggong Kadir mewakili kerajaan Brunei  memerintah dengan adil dan saksama. 

Dikisahkan Datuk Temenggong Kadir telah 7 tahun berkahwin dengan Dayang Siti Hajar namun masih belum dikurniakan cahaya mata. Hidup mereka bahagia namun kesunyian. Mereka berdua sentiasa berharap agar doa mereka dimakbulkan untuk mempunyai anak suatu hari kelak.

Pada malam tersebut setelah selesai solat, Temenggung Kadir terus tidur dan bermimpi. Dalam mimpinya beliau telah mendengar suara yang berkata:“Wahai Temenggong Kadir, aku kesian melihat kamu tidak henti-henti berdoa ingin mempunyai zuriat. Aku ingin menolong kalian berdua. Tapi kamu ikut apa yang aku suruh. Esok pergilah ke hulu Sungai Tandang Sari. Di sana nanti ada serumpun buluh betong. Potonglah buluh tersebut dan di dalamnya terdapat sebiji telur dan ambil telur tersebut dan simpan baik-baik”.

Selesai mendengar suara itu, Datuk Temenggong Kadir terus terjaga dari tidurnya dan tidak dapat melelapkan matanya lagi. Fikirannya berkecamuk memikirkan tentang suara tersebut. Adakah ia benar atau mainan tidur? Datuk Temenggong Kadir terus mengejutkan isteri dan menceritakan mimpi yang telah beliau alami. Isterinya merasa amat terkejut dan berharap agar suaminya menuruti mimpi tersebut.  

Keesokannya Datuk Temenggong Kadir terus ke tempat yang dimaksudkan seorang diri dengan menaiki perahunya dan berbekalkan Pedang saktinya "Gempetar Alam". Dalam perjalanan, matanya melilau-lilau melihat ke kiri dan ke kanan untuk mencari buluh tersebut. Akhirnya dia menjumpai serumpun buluh betong. Dengan hati yang berdebar-debar terus mengikat perahunya ke tebing sungai dan naik ke darat.

Dengan perasaan yang berdebar-debar dan hanya dengan satu tetakan sahaja buluh tersebut telah terpotong. Memang benar apa yang dialaminya di dalam mimpinya malam tadi. Di dalam bulu tersebut ada sebji telur. Tanpa melengahkan masa, dia teus mengambil telur tersebut dan di bawa pulang.

Pada malam itu semasa hendak tidur, telur tersebut diletak di sebelah kiri kepalanya. Tiba-tiba menjelang tengah malam, mereka berdua terkejut dari tidur kerana mendengar suara bayi menangis. Datuk Temenggong Kadir terus bangun dan didapati telur tersebut telah pecah dan ada seorang bayi berhampiran telur tersebut.

Walaupun terkejut dengan kejadian aneh tersebut, mereka berdua merasa amat gembira dan tidak tidur sehingga ke pagi menguruskan bayi yang baru menetas dari telur tersebut. Walaupun tidak diketahui asal usul anak tersebut, mereka berdua bersyukur kerana telah dikurniakan anak perempuan yang dinamakan Dayang Isah.

Masa berlalu begitu pantas, Dayang Isah telah pun membesar dan memiliki rupa paras yang amat cantik. Setiap lelaki yang terpandangnya pasti ingin memilikinya sehingga ada yang sanggup berbunuh sesama sendiri demi untuk memiliki Dayang Isah. Datuk Temenggong Kadir merasa amat kurang senang dengan kejadian sebegini dan mengambil keputusan untuk mengahwinkan anaknya dengan kadar yang segera.

Abang Bunut seorang pemuda yang baik tingkahlakunya dan amat disegani penduduk Tandang Sari. Disebabkan Abang Bunut bekerja di istana Datuk Temenggong Kadir, Dayang Isah dapat mengenalinya lebih rapat. Dari berkenalan sehinggalah berkasih sayang, perhubungan mereka berdua semakin hari semakin rapat. Perhubungan mereka direstui oleh Datuk Temenggong Kadir dan isterinya.

Pada suatu malam Datuk Temenggong Kadir sekali lagi bermimpi mendengar suara yang sama. Suara itu berkata,“Wahai Temenggong Kadir! Dengarlah kata-kataku ini. Dayang Isah kini telah dewasa dan menjadi rebutan jejaka Tandang Sari. Sesiapa yang berhajat untuk memperisterikannya mestilah menyediakan sepuluh kati emas sebagai mas kahwin”

Datuk Temenggong Kadir terbangun dari tidurnya. Beliau merasa amat resah dan bingung. Terkenang dengan Abang Bunut, seorang yang amat beliau senangi dan sangat menyintai Dayang Isah. Sudah semestinya sesuatu yang mustahil untuk Abang Bunut menyediakan sepuluh kati wang emas untuk mas kahwin.

Datuk Temenggong Kadir menceritakan tentang kisah mimpi kepada isterinya keesokannya. Isterinya merasa amat sedih namun terpaksa akur. Dengan perasaan serba salah, mereka berdua menceritakan kepada Abang Bunut dan Dayang Isah. Abang Bunut akur kerana beliau sendiri tahu, untuk menyediakan sepuluh kati emas adalah sesuatu mustahil untuk dirinya.

Diriwayat dalam satu kisah, ada seorang saudagar berbangsa Bugis bernama Nakhoda Khar dalam pelayaran bersama anak buahnya dari Palembang ke negara Brunei singgah sebentar ke Saribas. Disitu beliau mendengar kisah tentang kecantikan Dayang Isah serta kisah sepuluh kati emas.

Tanpa melihat paras rupa Dayang Isah, beliau terus menuju ke Istana Datuk Temenggung dan menyatakan hasratnya. Pada mula Datuk Temenggong Kadir berat untuk menerima lamaran tersebut kerana memikirkan Nakhoda Khar bukan orang tempatan. Namun berliau terpaksa menerima lamaran tersebut kerana memikirkan tentang mimpinya.

Maka berlangsunglah majlis perkahwinan selang beberapa hari selepas majlis pertunangan. Dayang Isah merasa amat sedih mengenangkan kekasih hatinya, Awang Bunut. Begitu juga sebaliknya yang berlaku kepada Awang Bunut.

Setelah sepurnama Dayang Isah bergelar isteri, Nakhoda Khar berhasrat untuk belayar ke Brunei untuk meneruskan perniagaannya. Ketika menghampiri Pulau Burung, beliau teringat tentang kerisnya yang tertinggal. Dengan melabuhkan kapalnya di Pulau Burung, beliau mengayuh sampan menuju semula ke Saribas.

Nakhoda Khar merasa tidak sedap hati ketika dalam perjalanan menuju ke istana setelah mengikat tali perahu di muara Sungai. Cepat-cepat di melangkah. Dari jauh sayup-sayup kedengaran suara isteri bergurau senda dengan Abang Bunut. Dengan perasaan marah, Nakhoda Khar membaca jampi tidur. Maka tertidurlah semua orang di dalam istana tersebut.

Nakhoda Khar mengambil kerisnya lalu dibunuhnya Abang Bunut yang sedang tidur dan terus berkayuh menuju ke kapalnya di Pulau Burung.

Keesokannya seisi istana telah sedar dari tidur. Dayang Isah terkejut melihat Abang Bunut mati dibunuh. Dayang Isah menyedari kerana kecantikannya banyak nyawa telah terkorban.

Di sini ada 3 riwayat menceritakan dalam versi berbeza. Sama ada Dayang Isah mati membunuh diri atau mati dibunuh oleh suaminya iaitu Nakhoda Khar.

1.Riwayat membunuh diri

Dayang Isah mengambil keputusan untuk menikam diri sendiri menggunakan keris tetapi tidak lut. Setelah gagal berbuat demikian maka Dayang Isah mengambil tujuh helai rambutnya yang panjang mengurai lalu diikatnya di leher hingga mati.

2.Riwayat cubaan bunuh oleh Nakhoda Khar

Setelah membunuh Awang Bunut, Nakhoda Khar juga cuba untuk membunuh Dayang Isah namun tidak dapat kerana isterinya tidak lut dengan apa-apa jenis senjata.(Ini pula kejadian pada waktu malam setelah membunuh Abang Bunut dan bila pula Dayang Isah mati?)

3.Riwayat permintaan bunuh dari Dayang Isah 

Kerana tidak sanggup melihat tindakan suaminya yang sangat kejam, Dayang Isah meminta suaminya membunuhnya dengan cara menjerut lehernya dengan tujuh helai rambutnya.(cerita ini nampak bercangkah, kerana sewaktu jampi tidur dibaca, seisi istana telah tidur termasuk Dayang Isah)

Melihat kejadian ini, Datuk Temenggong Kadir merasa amat marah dan tahu ini adalah angkara Nakhoda Khar. Beliau terus mengejar Kapal Nakhoda Khar dengan menaiki perahu bersama Lancang Mayang. Diriwayatkan perahu koleknya bergerak sepantas naga lapar dengan pengayuhnya selebar tiga hasta.

Setibanya di Pulau Burung, kapal Nakhoda Khar masih kelihatan. Dengan menghayunkan pedang sakti Gempetar Alam maka kapal Nakhoda Khar terus terbelah dua. Nakhoda Khar serta semua anak buahnya mati lemas di Pulau Burung.

Setelah itu, jenazah dayang Isah di makamkan oleh Datuk Temenggong Kadir di Tandang Sari, Saribas atau kini dikenali tanah perkuburan Kampung Kalok, Pusa kira-kira 150 kilometer dari Sibu dan 90 kilometer dari Betong.

Sumber
www.ohkitakorangsarawak.blogspot.my

Tuesday 12 December 2017

SEJARAH DAN ASAL USUL KERAJAAN SARIBAS

SEJARAH DAN ASAL USUL KERAJAAN SARIBAS

Kerajaan Negeri Saribas tidak mempunyai hubungkait dengan Datu Merpati Jepang tetapi Kerajaan Negeri Saribas adalah kerajaan negeri yang berkait secara langsung dengan Datu Godam dan Pengiran Temenggung Datu Abdul Kadir seorang pembesar daripada Kesultanan Brunei suatu waktu dahulu.

Kerajaan Negeri Saribas sebenarnya berkongsi muara Batang Saribas dengan ibu kota Kerajaan Negeri Kalaka yang diperintah oleh 2 orang ratu bersaudara iaitu Dayang Hubu dan Dayang Ruku. Kerajaan Negeri Saribas jajahan takluknya adalah lebih besar daripada Kerajaan Negeri Kalaka iaitu ianya mencakupi pertemuan Batang Saribas dengan Sungai Rimbas di sebelah. Pusat ibukota Kerajaan Negeri Saribas adalah Tandang Sari atau pada masa sekarang digelar Pusa. Di dalam manuskrip lama dinyatakan bahawa Kerajaan Negeri Saribas ini wujud sekitar abad ke-17 lagi. Kerajaan Negeri Saribas ini dinyatakan bahawa ianya diperintah oleh seorang pembesar Kesultanan Brunei iaitu Pengiran Temenggong Datu Abdul Kadir. Dikatakan Pengiran Temenggung ini telah membawa diri daripada Brunei memandangkan anak tunggalnya Dang Chi’ atau Dayang Esah telah diambil oleh Sultan Brunei untuk menjadi isteri yang ke-3. Sewaktu beliau menjadi pemerintah Saribas beliau telah bertemu dengan seorang putera dari Pagaruyung, Minangkabau iaitu Dato Gudam atau Raja Umar yang menyamar sebagai saudagar penjual kain.

Dato Gudam merupakan putera kepada Bendahara Harun, pembesar di Pagaruyung. Ketibaannya ke Saribas adalah kerana membawa hati yang kecewa setelah ditidakkan hak untuk menggantikan ayahandanya kerana dikatakan bukan bangsa Minang sejati kerana ibunya adalah berketurunan Belanda. Setelah mengenali Pengiran Temenggong, beliau telah bersetuju untuk membantu Pengiran Temenggong mengambil anaknya semula daripada menjadi isteri ketiga kepada Sultan Brunei pada masa itu. Sopan santun dan kepintaran Dato Godam telah memikat hati Sultan Brunei sehingga beliau menjadi orang penting di Brunei dan dikahwinkah oleh Sultan Brunei dengan Dayang Esah atas permintaan Dato Godam sendiri. Sebelum beliau berangkat pulang ke Pagaruyung atas permintaan ayahandanya, Sultan Brunei telah meminta beliau meninggalkan salah seorang anaknya di Brunei maka ditinggalkannya Datu Mantri anak keduanya dan disinilah permulaannya asal-keturunan. “Awang Damit-damit” iaitu asal keturunan Awang dan Dayang di dalam masyarakat Melayu Sarawak. Kepulangan Dato Godam yang singgah sebentar di Saribas telah memberi perkhabaran gembira kepada Pengiran Dato Temenggung Abdul Kadir yang akhirnya mangkat dan Dato Godam menjadi pengganti pemerintah kepada Kerajaan Negeri Saribas. Anak sulungnya Dato Uban pula telah menggantikan beliau dengan mewarisi nama Abang dan Dayang di dalam salsilah keturunannya. Dan disinilah bermulanya asal-keturunan Melayu Sarawak yang menggunapakai nama Abang dan Dayang. Di dalam Kerajaan Negeri Saribas inilah gelaran jawatan seperti Datu Patinggi, Datu Bandar, Aulaksamana, Datu Imam dan Datu Hakim bermula iaitu mengikut acuan jawatan dan gelaran bagi Kesultanan Brunei pada zaman itu. Dan kerana itulah banyak jawatan gelaran di dalam pemimpin masyarakat Melayu Sarawak masih lagi menggunakan Datu Patinggi, Datu Bandar sehinggalah sekarang.

Kewujudan Dato Gudam ini dapat disahihkan dalam beberapa segi seperti wujudnya sebuah makam lama di Pusa yang masih menjadi tanda sejarah untuk Kerajaan Negeri Saribas. Makam Dato Gudam adalah hanya selang beberapa meter daripada Makam Pengiran Temenggung Abdul Kadir dan juga Dayang Esah. Selain itu asal keturunan Dato Godam dari Pagaruyung pula boleh disahihkan dengan kewujudan sebuah tempat bernama Gudam di Tanah Datar Minangkabau dimana istana kerajaan Pagaruyung yang pertama adalah Gudam disamping di dalam bahasa Sanskrit GUDAM itu sendiri bermaksud Istana. Di dalam jurnal pengembaraan Stamford Raffles juga ada tercatit lawatan beliau ke Gudam bagi menemui Raja Pagaruyung pada tahun 1818 iaitu setahun sebelum beliau mengambil alih Singapura sebagai jajahan Koloni British.

Umum mengetahui bahawa Rajah Pertama Sarawak iaitu Rajah James Brooke adalah seorang pengembara yang sudah mengembara di seluruh pelusuk Sarawak sebelum dia mula membantu Raja Muda Hashim di dalam pemberontakan tempatan sewaktu Sarawak menjadi tanah kuripan pembesar Kesultanan Brunei. Di dalam jurnal pengembaraannya ada tercatit bahawa beliau telah singgah di sebuah negeri di dalam kawasan Sungai Saribas yang mempunyai banyak persamaan dengan jawatan pembesar di Brunei dan beliau berkesempatan berkenalan dengan seorang Aulaksamana Saribas yang berusia 90 tahun.

Walaupun tiada artifak-artifak purba yang boleh mengaitkan bahawa ada Kerajaan Negeri Saribas bertindak sebagai pelabuhan yang memungkinkan ianya menjadi persinggahan saudagar dari Negara Tembok Besar China seperti kerajaan negeri yang lain tetapi sumber rujukan seperti manuskrip kuno Tarsilah Syair Saribas telah membuktikan kewujudan sebuah kerajaan di Saribas dan ditambah lagi dengan jurnal pengembaraan daripada Rajah Sarawak sendiri maka dengan ini memang sukar untuk dinafikan bahawa KERAJAAN NEGERI SARIBAS adalah THE LOST KINGDOM OF SARAWAK pada suatu waktu dahulu.

Sumber
www.sarawakoracle.blogspot.my

Monday 11 December 2017

PERASMIAN JAMBATAN TANDANG SARI YANG DISEMPURNAKAN OLEH KETUA MENTERI SARAWAK , YANG AMAT BERHORMAT DATUK PATINGGI ABANG HAJI ABDUL RAHMAN ZOHARI BIN HAJI ABANG OPENG.


PERASMIAN JAMBATAN TANDANG SARI YANG DISEMPURNAKAN OLEH KETUA MENTERI SARAWAK , YANG AMAT BERHORMAT DATUK PATINGGI ABANG HAJI ABDUL RAHMAN ZOHARI BIN HAJI ABANG OPENG. 

Jambatan Tandang Sari merupakan nama rasmi yang diberikan kepada Jambatan yang baru dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak Yang Amat Berhormat  Datruk Patinggi Abang Haji Abdul rahman Zohari Bin Haji Abang Openg pada satu Majlis Perasmian Jambatan Tandang Sari yang berlangsung meriah pada hari ini di Dataran Tandang Sari.

Turut hadir dalam Majlis Perasmian Jambatan tandanmg Sari tersebut adalah Timbalan Ketua Menteri Sarawak iaitu Datuk Amar Doughlas Unggah Embas, Meteri Wanita dan juga Ahli Parlimen Batang Lupar iaitu  Dato Sri Hajjah Rohani Karim dan Menteri Kerja Raya Datuk haji Fadillah Yusuf.

Jambatan Tandang Sari diambil bersempena dengan nama Dayang Esah Tandang Sari yang merupakan Nama salah seorang yang sangat penting dalam sejarah Kerajaan lama Saribas pada suatu ketika dahulu.

Jambatan yang menelan belanja kos 47 Juta itu telah di siapkan pada sepenuh nya pada bulan November yang lepas.

Jambatan Tandang Sari ini semestinya dinantikan oleh penduduk Daerah Pusa dan sekitarnya khususnya kerana ianya berjaya menyatukan dua kawasan Pusa lama dengan  Pusa Baru. Selaini ianya akan merancakkan kegiatan ekonomi di Kawasan Daerah Pusa selain mengembangkan aktiviti perdagangan bagi meningkatkan sumber pendapatan dan ekonomi penduduk sekitarnya.Selain itu, ianya turut menyingkatkan perjalanan dari kedua - dua kawasan,

Selain itu juga dalam ucapannya isu - isu masalah penduduk yang lain turut di usulkan oleh Dato Sri Hajjah Rohani Karim seperti masalah air, Perumahan yang menekankan isu pembesaran kawasan kampung. Peranangan pembinaan Jambatan di Tanjunglilin turut disebut dalam ucapan beliau.Seterusnya beliau mengusulkan peracangan untuk menjadikan Daerah Pusa sebagai RTC ( Pusat Transformasi Luar Bandar ) yang akan dimanfaatkan oleh seluruh penduduk di Daerah Pusa.













































  



























I LOVE PUSA
www.ilovepusa.blogspot.com