Wednesday 29 June 2016

VIDEO : KAMPUNG MEDANG ,BETONG , SARAWAK ( 03.06.2016 )


VIDEO : KAMPUNG MEDANG ,BETONG , SARAWAK ( 03.06.2016 )


VIDEO : KAMPUNG MEDANG ,BETONG , SARAWAK ( 03.06.2016 ) 

Kampung Medang merupakan salah satu kampung yang terdapat di antara Daerah Pusa dan Daerah Spaoh di Bahagian Betong, Sarawak.Kampungnya mungkin tidaklah sebesar dan semoden bandar - bandar namun suasana kampungnya yang mengekalkan pemandangan alam semulajadi dan kekayaan sumber hutan yang sangat berharga.

Seumur hidup saya, buat pertama kalinya  saya berkesempatan dan berpeluang untuk mengunjungi Kampung Medang pada awal Jun 2016.Sebelum ini saya hanya mendengar nama dan saya juga mempunyai beberapa orang kenalan dari Kampung Medang semenjak zaman Sekolah Menengah lagi.Sepanjang perjalanan saya ke Kampung Medang saya terkenangkan zaman sekolah saya dengan kawan - kawan yang berasal dari kampung ini.

Pada kunnjungan saya hari itu,tidak banyak yang saya sempat abadikan sepanjang kunjungan saya melainkan video yang saya sempat rakamkan.Ketika rakaman ini dibuat Projek penaiktarafan jalan jeti Belian kepada Jalan simen sedang dijalankan.

Saya merancang untuk kembali berkunjung ke sini pada kesempatan yang akan datang.InsyaAllah.

Kata Orang...
Jauh perjalanan Luas Pemandangan.


AZLAN RUMADI
www.ilovepusa.blogspot.my



Thursday 9 June 2016

MUSIM DEMAM IKAN PANJANG SERTA HABUAN REZEKI BUAT NELAYAN DI SEBUYAU,SARAWAK



MUSIM DEMAM IKAN PANJANG SERTA HABUAN REZEKI BUAT NELAYAN DI SEBUYAU,SARAWAK  

Perairan pantai dan sungai di negeri Sarawak sememangnya kaya dengan sumber hasil laut dan lazimnya terdapat musim - musim tertentu bagi musim ikan di Sarawak terutama kawasan di Batang Lupar,Beting Maro dan Saribas.Musim - musim ikan yang lazimnya adalah seperti ikan terubok,Ikan Buntal Sungai,Ikan Perencong,Ikan Panjang dan beberapa spesis ikan yang menjadi sumber pendapatan para nelayan di kawasan itu.


Musim Demam Ikan Panjang sedang melanda di Sebuyau Sarawak.Sebuyau yang terletak di Muara Sungai Bantang Lupar dan ditengah - tengah persempadanan Bahagian Sri Aman dan Kota Samarahan baru - baru ini menjadi perhatian umum di Sarawak dengan berita penangkapan beratus - ratus ekor ikan panjang oleh nelayan yang menjalankan aktiviti perikanan di Kawasan persisiran laut di kawasan itu.Ianya sekaligus menjadi habuan dan rezeki yang tidak terduga bagi pengusaha bot - bot nelayan di pesisiran laut dan pantai di kawasan itu dengan penangkapan berpuluh - puluh dan ada yang beratus - ratus ekor ikan panjang.

Ikan - ikan panjang ini dijual dengan harga RM20- RM35 sekilo.

Menurut penjelasan dari penduduk di Sebuyau,Ikan - ikan panjang ini sering menjadi buruan bagi mendapatkan pelampung ( limpa ) kerana ianya boleh dipasarkan dengan harga yang sangat tinggi terutama di China untuk digunakan dalam penghasilan benang bagi jahitan dalam pembedahan.Malah tidak hairan sekiranya harga pasaran bagi pelampung mencecah ratusan ringgit sekilo.

Semestinya kedatangan Musim Demam Ikan panjang ini merupakan rezeki yang tidak diduga di bulan Ramadhan bagi para nelayan dan seluruh penduduk di Sebuyau Sarawak.




 







AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my



Wednesday 8 June 2016

KEJADIAN RUNTUHAN SEBAHAGIAN BANGUNAN SEKOLAH DI KAMPUNG BUDA,SPAOH.


KEJADIAN RUNTUHAN SEBAHAGIAN BANGUNAN SEKOLAH DI KAMPUNG BUDA,SPAOH.

Semalam kita digemparkan dengan kejadian runtuhan bangunan yang meranapkan sebahagian besar dari Infrastuktur bangunan Taska dan surau di SK Kampung Buda.Kejadin tersebut turut menarik perhatian netizen dan mula diviralkan kepada umum pada hari ini.

Kejadian ini dipercayai berlaku akibat arus air sungai yang deras telah menghakis tebingan sungai sehingga menghasilkan satu runtuhan dipermukaan tebingan sungai yang turut meruntuhkan infrasturktur bangunan yang terletak berhampiran dengan sungai tersebut.

Jurucakap pihak bomba mengesahkan menerima panggilan laporan pada kira - kira pukul 4 pagi dan terus mengerahkan anggota untuk memantau dan memastikan keselamatam di lokasi kejadian yang terletak kira kira 58 kilometer dari balai.

Sementara itu Kejadian ini turut mendapat makluman dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Saribas YB Razi Sitam ketika dihubungan pihak media akan mengutarakan permasalahan berikut kepada pihak Pejabat Pendidikan Bahagian Betong dan juga kepada Jabatan Pendidikan Daerah Sarawak untuk mengusulkan bantuan dan tindakan yang seterusnya.

beliau juga menyatakan kesyukuran kerana tiada kemalangan jiwa dilaporkan selain daripada kejadian ini berlaku semasa musim cuti sekolah.

Berikut adalah gambar - gambar di sekitar lokasi kejadian.


















AZLAN RUMADI
www.ilovepusa.blogspot.my



Monday 6 June 2016

DESA PERMAI,TEBING DAN SUNGAI DIPAGI KEBERANGKATAN BALIK KE KUCHING,SARAWAK.


DESA PERMAI,TEBING DAN SUNGAI DIPAGI KEBERANGKATAN BALIK KE KUCHING,SARAWAK.

Semestinya hati selalu berat untuk meninggalkan desa dan pemandangan  - pemandangan alam semulajadinya yang sangat tulen dan suci belum tersentuh.Samaada orang memandang ianya sebagai tanda kemunduran dan kekurangan ataupun ianya sebagai anugerah pemberian warisan dari zaman  nenek moyang saya tetap menganggap ianya sebagai satu keindahan yang harus dikekalkan.Kerana pemandangan yang hijau dan tulin ini yang menjadi sebagaian kehidupan saya dan semua orang di Kampung ini sejak bertahun lamanya.


Kaki akan selalu berat melangkah meninggalkan desa permai ini ketika diri masih ingin betah dan lama duduk menikmati suasana desa yang menenangkan jiwa dan perasaan.Tapi apakan daya demi rezeki dan periuk nasi,tugasan harus diutamakan.pada keesokannya memulakan hari bekerja kembali dengan bulan Ramadhan bulan berpuasa turut memulakan harinya.

Sementara menunggu bot penambang saya sempat merakamkan gambar - gambar disekeliling tebing sungai untuk dikongsikan dalam post kali ini.

Tebing tua yang dikikis dan ditelan oleh arus sungai....perahu - perahu kayu ditebing dan daun hijau serta pohon rimbun yang menjadi permainan beburung dan sungainya yang mengalirkan air kuning paya yang membuntingkan rezeki kepada manusia - manusia ditanah kelahiran ini.

Sampai aku pulang lagi dalam dakapanmu nanti.Aku pasti akan kembali.















SEJAHTERA KEPADA KAMPUNGKU

www.azlanrumadi.blogspot.my


MAJLIS SAMBUTAN KEDATANGAN BULAN RAMADHAN DI KAMPUNG PUSA,BETONG SARAWAK.


MAJLIS SAMBUTAN KEDATANGAN BULAN RAMADHAN DI KAMPUNG PUSA,BETONG SARAWAK.

Bulan Ramadhan disambut dengan pelbagai cara samaada dari sudut kemasyarakatan,rohaniah, Islamiah dan pelbagai lagi cara yang dilakukan.Begitu juga halnya di kampung halaman saya, Kampung Pusa.Kebiasaan nya sehari atau beberapa hari sebelum bermulanya berpuasa dibulan Ramadhan akan diadakan Majlis sambutan bagi mengalu - alukan kedatangan bulan Ramadhan yang menandakan bermulanya Rukun Islam yang ke 3 iaitu berpuasa selama sebulan dibulan puasa.

Majlis tersebut akan mengumpulkan penduduk kampung untuk mengadakan bacaan doa dan tahlil kepada ahli - ahli keluarga hadirin yang menyertai majlis.Majlis bacaan doa lazimnya diadakan di Surau dan sesetengahnya mengadakan majlis bacaan di rumah kemungkinan diserta dengan bacaan kesyukuran tertentu atau bacaan doa selamat dan sebagainya .

Selesai Majlis bacaan doa tuan - tuan rumah akan mengadakan jamuan sedekah kepada para hadirin dengan pelbagai hidangan untuk jamuan para hadirin.Apa yang menariknya,hampir setiap rumah di kampung kami yang mana berkemampuan akan mengadakan jamuan terbuka kepada sesiapa sahaja pada hari itu sebagai bersedekah bersempena sambutan kedatangan bulan mulia Ramadhan.


Sedikit ulasan mengenai hidangan yang dihidangkan.Lazimnya hidangan yang dihidangkan mengenakan masakan dari resepi warisan tradisional masyarakat di Kawasan Saribas yang diwariskan dari zaman nenek moyang pada suatu ketika dahulu yang terdiri dari masakan rempah - rempah.Terdapat pelbagai jenis masakan rempah yang diselangselikan dengan masakan yang lain dan juga menu yang lain seperti buah - buahan dan sebagainya.

Adalah menjadi kelaziman masyarakat di Kampung kami untuk mengadakan majlis doa dan jamuan ini dikebanyakan bulan - bulan dan perayaan Islam yang lain seperti sambutan Nisfu Syaaban, Maulidur Rasul,Aidil Adha dan banyak lagi.Best kan ? Apa yang lebih penting adalah semangat kemasyarakatan di mana sepanjang persediaan, persiapan dan hari berlangsungnya majlis adalah dikerjakan secara gotong royong oleh saudara mara dan jiran - jiran yang terdekat.

Seterusnya saya kongsikan kepada semua sebahagian dari hidangan di sebuah rumah Ayah dan Ibu saudara saya di kampung Pusa yang saya sempat hadiri ketika saya pulang ke Kampung pada hujung bulan Mei 2016 yang lepas.

Macam - macam ada... ada rempah ayam,rempah bebek kampung ( Itik ) , rojak dan banyak lagi.














AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my