Monday 28 December 2015

PERARAKAN BERSEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2015 DI KAMPUNG PUSA , BETONG SARAWAK


PERARAKAN BERSEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2015 DI KAMPUNG PUSA , BETONG SARAWAK

Bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul 2015 telah diadakan Perarakan mengelilingi Kampung Pusa yang bermula menuju ke Kampung Hilir dan Seterusnya Ke Kampung Hulu Pusa sehingga perarakan diakhiri di Masjid Kampung Pusa untuk melangsung Majlis Khatamal Quran yang memperdengarkan bacaan bacaan ayat suci Al-Quran.

Perarakan pada hari itu juga yang melibatkan beberapa Tandu @ Jong yang dihias indah yang menempatkan perserta - peserta Khatamal Al-Quran yang akan diarak mengelilingi kampung sebagai satu acara yang merupakan adat warisan bagi meraikan Majlis -majlis terutama majlis sambutan Maulidur Rasul ini.

Perarakan turut dimeriahkan dengan paluan hadrah dan  alunan dzikir - dzikir munajat yang memuji kebesaran Allah swt serta salawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW

Pertandingan Jong atau tandu yang terbaik turut diadakan pada majlis itu.

Perarakan pada sambutan Maulidur Rasul 2015 turut melibatkan penyertaan anak - anak muda yang turut menyumbangkan keringat dalam kerja - kerja memikul jong @ tandu serta membawa perhiasan nasi pulut dan bendera serta banyak lagi.

Perarakan yang bermula seawal pagi menarik minat penduduk seluruh kampung yang menunggu beramai  ramai sepanjang jalan bagi menyaksikan perarakan yang berlangsung yang turut disertakan dengan dzikir marhaban dari para perserta perarakan.































 





AZLAN RUMADI
www.azlanrumadi.blogspot.my